Bekas Ketua Audit Negara tidak bercakap benar?
![]() |
| Gambar The Edge |
Media melaporkan hari ini, seorang anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad (gambar, atas) bahawa RCI itu tidak pernah memanggilnya untuk memberi keterangan.
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain (gambar, bawah), dipetik FMT sebagai berkata suruhanjaya itu sebenarnya telah menyerahkan sapina kepada Madinah.
![]() |
| Gambar Utusan Malaysia |
“Semasa prosiding RCI, kami meneliti keterangan saksi secara seorang demi seorang. Jadi, kami tidak membenarkan beliau (memberi keterangan bersama Mona),” katanya pada dialog awam mengenai TH di Tenera Hotel & Suites di Kajang, Selangor.
Rashid merupakan antara enam anggota RCI yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.
Rashid turut berkata RCI memberi Madinah peluang mengemukakan jawapan bertulis terhadap 75 soalan daripada suruhanjaya itu, yang kemudian dikemukakannya dalam bentuk akuan berkanun.
“Ia direkodkan sebagai kenyataan saksi. Beliau menyerahkannya pada 1 April 2022,” katanya.
Sebelum ini, Madinah mendakwa beliau tidak diberi peluang untuk didengar kerana tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding RCI meskipun bersedia untuk berhadapan dengan panel berkenaan.
Beliau berkata, dirinya sudah berada di lokasi prosiding dijalankan, namun namanya tidak dipanggil selepas menunggu lebih 30 minit.
Madinah yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019, turut mempertahankan auditnya terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017, dengan berkata beliau mengutamakan kepentingan negara ketika itu.
RCI mendapati TH menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar selama bertahun-tahun, dengan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017 sedangkan ia sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion mengikut piawaian perakaunan yang sewajarnya, iaitu perbezaan hampir RM4.8 bilion.
Suruhanjaya itu turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana tidak menjalankan audit yang lebih ketat terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment