Azeez Rahim mengaku tidak bersalah

Barisan peguam yang mewakili Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pendakwaan SPRM.
Gambar NSTP oleh Mohamad Shahril Badri Saali

Akhbar Bahasa Melayu milik New Straits Times Press melaporkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu.

Abdul Azeez, 60, meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Puan Azura Alwi, kata Berita Harian.

"Saya faham (pertuduhan), tuduhan itu tidak benar sama sekali dan saya mohon dibicarakan," katanya yang memakai baju ungu lokap polis dengan tangan bergari di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, beliau sebagai Pengerusi TH didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan Pengerusi syarikat Putrajaya Perdana Berhad dengan dengan remunerasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan sebuah kereta jenis BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap.

Azeez didakwa mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH, Tan Sri Ismee Ismail untuk mencadangkan beliau sebagai wakil TH di dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad dan meyakinkan Ahli Lembaga TH ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga TH Bil. 4/2014 (309), untuk bersetuju meluluskan cadangan melabur sehingga RM193.5 juta (sehingga 30 peratus modal saham terbitan sedia ada) dalam Putrajaya Perdana Berhad, yang tertuduh mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan TH, Jalan Tun Razak, di sini, pada 25 Ogos 2014.

Bekas Ahli Parlimen Baling itu dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Tuduhan agak subjective. Silap2 boleh lepas ni. Mesti ada salah laku lain. SPRM kena korek betul2 dan siapkan 9-10 pertuduhan lain. Macam-macam Lembaga Hitam ni lakukan semasa mempegerusikan Lembaga TH itu, takkan satu ja salahlaku dia.
    Kou orang kena ingat...kalau EE ni telepas, teruk kerajaan MADANON kena kecam dan dituduh mengamalkan political prosecution.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia