Ahli akademik, peguam persoal gelagat 4 Undang Luak, Tunku Besar Tampin

“Sudah-sudahlah memanipulasi fakta dan menunggang adat untuk sesenduk kuasa”

Portal berita FMT melaporkan seorang ahli akademik dan seorang peguam membidas Undang Johol Muhammed Abdullah serta tiga lagi individu yang mendakwa diri mereka sebagai ketua adat Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau kerana menegaskan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan memecat pemerintah negeri.

Ahli akademik, Dr Faizal Musa yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, menggesa keempat-empat individu itu “sudah-sudahlah memanipulasi fakta dan menunggang adat untuk sesenduk kuasa”.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan Mubarak Dohak dan Maarof Mat Arshad bahawa mereka masih Undang Sungai Ujong dan Jelebu, mengatakan kedua-duanya dipecat pada awal tahun ini.

“Oleh itu apa pun hujah mereka tidak relevan,” FMT memetik Faisal sebagai berkata, “Saya menyeru mereka reda dan ‘move on’, agar rakyat Negeri Sembilan dapat aman-aman saja meneruskan kehidupan.”

Terdahulu hari ini, empat-empat individu itu bersama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, dalam kenyataan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak campur tangan dalam urusan negeri, khususnya perkara berkaitan bidang kuasa perlembagaan mereka.

Mereka mendakwa Perkara 10 dan 11 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) memberikan mereka kuasa eksklusif untuk memilih dan menurunkan pemerintah negeri.

Abdul Rahim Yasin, yang mendakwa dirinya Undang Rembau, tidak pernah dilantik secara rasmi ke jawatan tersebut.

Peguam, Encik Rosli Dahlan, menyifatkan kenyataan keempat-empat individu itu sebagai “menghairankan dan belum pernah berlaku dari segi bentuk dan isi”.

“Ini bukan sahaja memburukkan lagi krisis perlembagaan di Negeri Sembilan, malah memberi kesan kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam, kerana seluruh negara berasa cemas dan keliru,” katanya seperti dipetik portal berkenaan.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan supaya bertegas terhadap ‘golongan anarkis ini’ demi memastikan undang-undang dan ketenteraman, keselamatan awam serta keselamatan negara terpelihara.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia