Penjaga gol Palestin mati ditembak tentera Israel
Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan
Penjaga gol pasukan kebangsaan bolasepak Palestin, Encik Saleem Al-Ashqar terbunuh awal minggu ini di Gaza akibat serangan tentera Israel, demikian menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).
Agensi berita milik negara Turki, Anadolu Ajansi memetik kenyataan PFA, seperti dilapor agensi berita rasmi Malaysia Bernama hari ini.
PFA memaklumkan Al-Ashqar terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera pendudukan Israel.
Menurut persatuan itu, beliau merupakan antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet Palestin, sejak Oktober 2023.
Al-Ashqar mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.
Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta masyarakat sukan Palestin dan antarabangsa.
"Kami amat berdukacita atas pemergian tragis penjaga gol Palestin berusia 32 tahun, Salim Al-Ashqar.
"Beliau terbunuh di tangan tentera Israel. Kami amat sedih melihat insiden seumpama ini terus berlaku dan menyeru agar keadilan serta keamanan ditegakkan," Anadolu Ajansi memetik kelab bola sepak Chile, Deportivo Palestino sebagai berkata semalam, Rabu 1 Julai 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment