Kalau Anwar boleh, kenapa Najib tak boleh—Ramasamy tanya DAP


ANWAR PERNAH, NAJIB PULA SEDANG MENJALANI HUKUMAN PENJARA

Seorang dapat pengampunan, seorang lagi belum

Merujuk kepada hantaran di akaun Facebook Pengerusi Urimai, Prof Dr P Ramasamy semalam, Jumaat 3 Julai 2026, portal berita politik Dramajor memetik Ramasamy mempersoalkan ketegasan DAP dalam mempertahankan pendiriannya terhadap isu melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, persoalan sebenar bukan sama ada Najib disabitkan kesalahan atau tidak, tetapi sama ada beliau wajar diberikan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ramasamy turut membangkitkan isu kerjasama DAP dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menerima pengampunan diraja.

“Jika DAP benar-benar berprinsip terhadap Najib, mengapa parti itu membentuk kerajaan campuran dengan Anwar sebagai Perdana Menteri?” soalnya dalam hantaran tersebut.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke Siew Fook, yang sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tidak akan berkompromi dengan pendiriannya terhadap Najib dan tetap menyokong keputusan mahkamah yang mensabitkan bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1MDB.

Ramasamy juga berkata: “Tidakkah DAP, berdasarkan pendiriannya yang kononnya tidak mahu mempunyai hubungan dengan individu yang pernah disabitkan kesalahan, sepatutnya menamatkan kerjasamanya dengan Anwar?

“Kedua-dua Anwar dan Najib pernah disabitkan kesalahan, tetapi Anwar telah diberikan pengampunan. Tidakkah Najib juga patut dipertimbangkan untuk menerima pengampunan diraja?,” soal beliau lagi.

Selain itu, Ramasamy mendakwa DAP telah lama mengorbankan prinsip perjuangannya apabila bekerjasama dengan UMNO serta mempersoalkan hala tuju parti itu termasuk slogan "Malaysian Malaysia".

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

It happens everywhere—Not only in our country

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu