Desakan RCI Terhadap Skandal Mafia Korporat Daripada 5 Ahli Parlimen PKR


RCI SKANDAL MAFIA KORPORAT: LIMA AHLI PARLIMEN PKR TUNTUT PM, MENTERI NYATA PENDIRIAN

Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Wong Chen (Subang), Encik Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang), Encik S Kesavan (Sungai Siput), Puan Rodziah Ismail (Ampang) dan Encik Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur semalam, Rabu 1 Julai 2026.

Simbolik dan Sindiran

Dalam perkembangan yang tidak berkaitan, tetapi mungkin berunsur simbolik dan sindiran, tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini menulis melalui hantaran di Facebook dengan tajuk "Biar Gambar Berkata-kata".

Bekas Setiausaha Media Perdana Menteri Ke-7 itu berkata, di dalam gambar yang dipetiknya (gambar, atas) daripada media massa, lima budiman (gentlemen) di dalamnya berbusana separuh rasmi.

"Seluar pantaloon warna gelap, baju warna putih (atau keputih-putihan),  jaket warna gelap dan sepatu kulit warna hitam. Sesuailah dengan zaman Madani yang separuh rasmi dan releks ini.

"Akan tetapi, ada seorang yang nampak terkeluar daripada sinkronasasi. Busananya tidak sama dengan lima budiman yang bergambar bersamanya," tambahnya.

Dengan nada berkenalan, A Kadir berkata lelaki ini, "berpantaloon kasual jenis 'slacks' berwarna kekuning-kuningan, baju dan jaketnya sama dengan yang lain, tetapi sepatunya gaya mahu jogging atau jalan-jalan di mall."

Menurut A Kadir, busana individu berkenaan seolah-olah beliau tidak dirancang bergambar, tetapi ditarik untuk duduk bersama. 

"Banyak sahabat WhatsApp terperanjat melihat kehadiran beliau dalam kongregasi para pemuka pemerintah Madani itu. Malah ada yang marah-marah. Naik darah.

"Saya ketawa saja kerana sudah komited kepada petua Perdana Menteri, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, bahawa dewasa ini adalah jaman edan yang separuh gila," katanya. 

Penulis veteran yang dilihat sebagai penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata Allahyarham Joko Kartolo, "karyawan Kampung Sungai Balang": "Yesterday, and days before, Sun is cold and rain is hard, I know, been that way for all my time... Til forever, on it goes, Through the circle, fast and slow, I know, it can't stop, I wonder."

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Will Bersama "bersama-sama" Bersatu?

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu