Serangan kritikan Rafizi memalukan Anwar, menjatuhkan imej PKR

Inilah kenyataan seseorang yang tengah geram. Marah dan berpatah arang. Kalau Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin pemimpin PKR membisu, itu tandanya kenyataan bakal presiden parti Bersama itu adalah benar belaka.

Kalau dijawab dengan emosi tanpa hujah dan fakta, ia tidak akan membersihkan nama baik PKR sama sekali. Kalau dijawab dengan apa cara, mungkin lebih banyak keburukan akan terlondeh.

Suka atau tidak, kenyataan ikut sedap mulut pemimpin kelahiran Besut, Terengganu ini amat memalukan Perdana Menteri, juga menjatuhkan dengan teruk sekali imej PKR yang seperti nyawa-nyawa ikan ini.

Pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri R Ramanan, Puan Nurul Izzah Anwar, Datuk Dr Fuziah Salleh, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Datuk Fahmi Fadzil kelihatan tidak berkemampuan untuk membalas segala serangan dan kritikan padu.

Dalam perkembangan berkaitan, portal berita Malaysiakini melaporkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan dirinya tidak akan kembali ke pangkuan parti itu kerana mendakwa prinsip keadilan asas PKR telah pun dilanggar dengan teruk.

Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, keputusan untuk tidak kembali atau melakukan perdamaian bukan disebabkan oleh isu merajuk mahupun perebutan jawatan, sebaliknya keputusan itu telah dibuatnya seawal April lalu.

Dakwanya, dia telah membaca "permainan" politik dalam parti itu sejak dua minggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk memberikan laluan mudah kepadanya.

"Mesej sebenar Datuk Seri Anwar ialah: 'Saya tak nak you ada pengaruh dalam parti. Jadi teknokrat. Duduk diam. Terima jawatan timbalan presiden tanpa bertanding tapi dari cabang sampai MPP (Majlis Pimpinan Pusat), semua orang saya.'

"Maksudnya apa? Duduk sorang-sorang dalam MPP. Kena maki, kena dengar, jadi rubber stamp. Depan cakap lain, belakang cakap lain, buat lain, umum lain," katanya dalam satu kenyataan melalui media sosial hari ini.

Rafizi menjelaskan penglibatannya dalam dunia politik bukanlah untuk mengejar kemenangan, jawatan menteri, mahupun pangkat, sebaliknya demi membetulkan keadaan.

Bagaimanapun, dia mendakwa PKR kini sudah berada di peringkat menipu anggotanya sendiri melalui pelbagai penyelewengan sistem.

"Keanggotaan RM200 untuk jadi ahli baharu, laporan polis mengenai rasuah, setiausaha-setiausaha politik PM sendiri menggerakkan jentera, blockchain, fenomena kepala tanpa badan, sistem one member one vote dibuang dan diganti dengan sistem perwakilan.

"Bila sesebuah parti dah hilang benda paling asas, sense of fairness, parti itu dah rosak. Mencuri boleh. Menipu boleh. Salah guna kuasa boleh. Dah tak perlu tanya betul atau salah," katanya lagi.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang memintanya menunggu peletakan jawatan Anwar sebelum membetulkan keadaan, Rafizi mendakwa bahawa beberapa pimpinan lain telah pun menyusun sistem tersebut.

Katanya, sistem yang telah dicurangi sekali akan terus dicurangi pada masa hadapan, dan dia enggan berkompromi demi mengejar kedudukan.

"Kecuali saya pergi cium tangan. Tapi bukan sebab itu saya dalam politik. Panggil prinsip ke, merajuk ke, apa pun.

“Tapi garis merah itu dah dilanggar. Dan dilanggar dengan teruk sekali," katanya.

Kelmarin, Rafizi Ramli bersama seorang lagi bekas menteri, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan langkah untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia.

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis khas di Petaling Jaya yang dihadiri kira-kira 800 penyokong.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim