Rahim Thamby Chik dakwa 200,000 ahli Bersatu keluar parti untuk bersama Hamzah

Muhyiddin makin tertekan

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa lebih 200,000 ahli parti itu sudah keluar atau dijangka meninggalkan BERSATU untuk menyertai perjuangan 'Reset' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu bagaimanapun menolak dakwaan bahawa Hamzah yang juga Timbalan Presiden BERSATU dan Ketua Pembangkang menjadi punca perpecahan dalam parti berkenaan.

Sebaliknya, beliau mendakwa penghijrahan besar-besaran ahli berlaku disebabkan budaya dalaman parti yang semakin mengecewakan akar umbi.

"Apabila sesebuah parti politik mula beroperasi seperti syarikat sendirian berhad, memilih bulu dalam tindakan disiplin terhadap ahli, membenarkan pemimpin yang kalah diangkat semula, bertolak ansur terhadap pemimpin yang mempunyai rekod moral meragukan serta memandang ringan isu rasuah, maka secara semula jadi ahli akan mula membenci budaya seperti ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muka depan akhbar Bahasa Melayu tertua itu hari ini melaporkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, antara lain dikatakan menerima laporan pesuruhjaya negeri mengenai gerakan akar umbi BERSATU yang dilihat cenderung bersama Team Reset pimpinan Hamzah.

Beberapa pimpinan negeri PAS melaporkan perkembangan itu turut memberi kesan langsung kepada kestabilan dan kekuatan jentera Perikatan Nasional (PN) pada peringkat akar umbi, khususnya dalam menghadapi persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Dalam pada itu Abdul Rahim berkata, budaya memuja pemimpin secara melampau selain menganggap teguran terhadap parti sebagai satu bentuk pengkhianatan turut menjadi faktor utama ahli hilang keyakinan.

"Perjuangan parti untuk rakyat juga dilihat semakin terpesong daripada matlamat asal penubuhannya.

"Saya berkata demikian kerana selepas hampir 50 tahun berada dalam dunia politik, saya sendiri merasakan BERSATU tidak akan pergi jauh dengan budaya negatif dan destruktif yang menjadi asas kepada parti ketika ini," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Hamzah tidak sepatutnya dipersalahkan atas perkembangan yang berlaku dalam parti.

"Jadi bukan Datuk Seri Hamzah yang menghasut untuk memecahkan BERSATU.

"Apa yang berlaku dalam parti sendiri serta cara ia diuruskan itulah yang menyebabkan penghijrahan besar-besaran ahli daripada BERSATU," katanya.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan pernah mengkritik BERSATU sebagai parti yang ditadbir 'ala Mafia'.

"Pentadbiran parti dilihat semakin cenderung kepada pendekatan `ala mafia', sentiasa pilih bulu dan tidak lagi mencerminkan ketelusan yang diharapkan ahli di peringkat akar umbi," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosialnya pada 5 Mac lalu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim