Penulis politik pro-Najib persoal isu layanan berbeza

"Adakah mengkritik PMX lebih berat daripada kesalahan ingkar titah Sultan?"

Penulis politik pro-Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bekas perdana menteri, hari ini bertanya: Patutkah kita simpulkan bahawa mengkritik Perdana Menteri Malaysia Ke-Sepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang lebih mesra dengan panggilan PMX, kini dianggap lebih berat daripada ingkar titah Sultan?

Secara sinis dan agak emosional, pemegang akaun Facebook Eric See-To -Lim Sian See seterusnya menyoal: Atau patutkah kita simpulkan bahawa mengkritik PMX kini dianggap kesalahan 3R di bawah Madani, tetapi ingkar titah Sultan pula bukan?

Netizen kritik PMX (tak jelas jika ada laporan polis, April 2026), ditahan serta-merta, reman tiga hari di bawah Akta Hasutan, katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes hantaran video oleh wanita yang menamakan dirinya Jorjet Myla, yang didakwa menggunakan kata-kata kesat mengkritik Perdana Menteri.

Sebagai perbandingan, penulis politik itu berkata, pemimpin DAP, dipercayai merujuk kepada Encik Tony Pua, yang didakwa ingkar Titah Sultan (77 laporan polis, Mei 2026), hanya dipanggil memberi kenyataan kepada pihak polis bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Bukan bawah Akta Hasutan dan tidak direman walau sehari pun.

Seksyen 505(b) ialah kesalahan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegemparan awam.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula ialah salah guna rangkaian komunikasi.

Pua dilaporkan berkata lebih kurang bunyinya, bahawa titah Sultan tidak termasuk sebagai arahan yang mesti dipatuhi, di dalam konteks Raja Berperlembagaan.

Yes, I am loyal to King and Country, and will abide by the rule of law based on our Federal Constitution. Not decrees,” Tony Pua was quoted as saying.

Terjemahan: "Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, dan akan mematuhi kedaulatan undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan kita. Bukan titah," Tony Pua dipetik sebagai berkata.

"Jadi, kenapa seorang wanita biasa, yang tiada kepentingan politik dan hanya meluahkan rasa tidak puas hati pada PMX, boleh diperlakukan sebegini di bawah Madani sampai ditahan polis selama 3 hari?

"Manakala seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan biadab terhadap Sultan hingga melukakan hati ramai orang dan membawa kepada ketegangan antara kaum pula dilihat mendapat layanan jauh lebih ringan?" soal penulis politik itu.

"Bagi mereka yang berpendapat bahawa Jorjet memang patut direman tiga hari sebab dia guna kata-kata kesat: Sejak bila guna kata-kata kesat menjadi satu kesalahan 3R bawah Akta Hasutan?" soalnya lagi dengan ekspresi kemarahan yang hampir di luar kawalan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim