Penulis politik persoal kecuaian Teresa Kok, selain kesalahan tidak melaporkan kepada SPRM


Misteri Teresa Kok

Selepas lebih satu tahun dia direman, pemimpin muda DAP yang juga bekas pembantu Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok, akhirnya didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menipu Kok berhubung peruntukan sekolah, selain didakwa menerima rasuah RM500,000 di sebuah stesen minyak di Jalan Kuchai Maju.

Teoh, 40, didakwa memperdayakan Kok pada Jun 2024 dengan menyatakan bahawa hanya dua sekolah di Parlimen Seputeh memohon sumbangan Smart TV dan papan pintar interaktif, sedangkan dia didakwa mengetahui bahawa terdapat 16 permohonan.

Akibatnya, Kok didakwa telah bersetuju meluluskan permohonan melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh. Menurut pertuduhan, persetujuan itu tidak akan diberikan sekiranya Kok tidak diperdayakan.

Peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada syarikat yang didakwa tidak wujud itu dikatakan sekitar RM1.6 juta. Namun, jumlah yang akhirnya dibelanjakan untuk 16 sekolah tersebut hanyalah sekitar RM700,000.

Perkara ini diketahui selepas kerajaan memaklumkan kepada Kok bahawa peruntukan dia bagi tahun tersebut telah habis digunakan. 

Selepas itu, Kok memecat bekas pembantunya.

Ada tiga perkara yang agak menarik dalam kes ini.

1. Bagaimana Kok boleh percaya bahawa hanya dua sekolah sahaja di kawasan Parlimen Seputeh mahu menerima Smart TV dan papan pintar interaktif, sedangkan terdapat banyak sekolah dalam kawasan parlimen beliau?

Rupanya sekolah-sekolah di Seputeh begitu kaya sampai tidak mahu barang percuma bernilai puluhan ribu ringgit?

2. Adakah bekas pembantu dia mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan RM1.6 juta dalam sistem My-Khas tanpa menggunakan username dan password Kok?

Atau adakah Kok sendiri yang meluluskan permohonan itu dalam sistem tanpa menyemak dengan teliti apa yang diluluskan?

3. Kok berulang kali menyatakan bahawa bukan dia yang melaporkan bekas pembantunya kepada SPRM, dan tindakan dia hanyalah memecat pembantu tersebut.

Ini menimbulkan persoalan lebih besar. Jika seseorang mengetahui atau mengesyaki berlakunya rasuah tetapi tidak melaporkannya, bukankah itu juga satu kesalahan jenayah bawah undang-undang?

Berdasarkan pertuduhan di mahkamah, wang untuk projek sekolah didakwa telah disonglap dan unsur rasuah RM500,000 turut didakwa berlaku. Maka tindakan sekadar memecat pegawai tanpa membuat laporan kepada pihak berkuasa menimbulkan persoalan serius.

Jadi, kenapa Teresa Kok tidak turut didakwa atas isu kegagalan melapor rasuah tersebut?


Dipetik dan adaptasi dari hantaran hari ini di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See.

Gambar kedua dari atas diambil dari Facebook Eric See-To - Lim Sian See.

Seluruh kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan persendirian penulis dan/atau organisasi berkenaan, oleh itu ia tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.comp

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim