Pelawak salahkan kerajaan-kerajaan terdahulu sebabkan Madani tanggung hutang negara melambung
Saya tak kenal sangat Encik (Datuk) Afdlin Shauki ini. Dia kerja apa? Pelawak ke?
Tapi, kalau benar Madani mewarisi hutang negara yang sangat besar, soalan mudah:
Kenapa hutang masih ditambah dengan begitu laju? Ringkasnya, hutang negara masih meningkat terlalu laju walaupun pandemik sudah berakhir.
Tetapi selepas pandemik, zaman Madani 2023-2025 masih mencatat purata RM80.4 bilion setahun.
Maksudnya, walaupun krisis pandemik sudah tamat, kadar tambah hutang masih hampir 2 kali ganda lebih tinggi berbanding zaman normal pra-pandemik.
Ini bukan lagi zaman pandemik. PKP sudah tamat. Ekonomi sudah dibuka. Tetapi tabiat tambah hutang masih belum habis.
Lebih pelik, rakyat pula sudah dikenakan macam-macam cukai baru dan kenaikan cukai bawah Madani:
Cukai Jalan 10%, Cukai Servis 8%, Cukai DST 8%, Cukai CGT 10%, Cukai Dividen 2% dan Kuota RON95 dipotong kepada 200 liter sebulan.
Kalau hasil kerajaan sudah bertambah, kenapa hutang masih naik laju?
Berdasarkan angka rasmi juga:
Zaman Najib 2008–2017: Hutang naik RM380.4 bilion, Purata RM3.52 bilion sebulan.
Zaman Madani: November 2022–Mei 2026, hutang naik RM292.4 bilion. Purata RM6.96 bilion sebulan.
Maksudnya, kadar kenaikan hutang Madani hampir 2 kali ganda lebih laju.
Dulu kata warisi hutang besar. Tapi hari ini, selepas tambah cukai, potong subsidi dan kecilkan kuota RON95, hutang masih naik hampir RM7 bilion sebulan -dua kali ganda kadar kenaikan masa Najib.
Kalau betul hutang diwarisi terlalu besar, sepatutnya lebih berjimat.
Ini bukan. Bajet perbelanjaan tahun 2026 Madani ialah RM470 bilion iaitu 41% atau RM138 bilion lebih tinggi banding RM332 bilion tahun 2022 pandemik.
Bukan belanja sakan besar, tambah hutang lebih laju sambil salahkan orang lama.
Ini bukan sekadar mewarisi hutang. Ini mewarisi hutang, kemudian tambah besar lagi hutang.
Dipetik dan adaptasi dari hantaran hari ini di Facebook penulis dan aktivis politik Eric See-To - Lim Sian See.
Gambar-gambar diambil dari Facebook Eric See-To - Lim Sian See.
Seluruh kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan persendirian penulis dan/atau organisasi berkenaan, oleh itu ia tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment