Norway beri penjelasan sebab batal hantar peluru berpandu ke Malaysia

Media melaporkan semalam kerajaan Norway membuat keputusan membatalkan eksport peluru berpandu ke Malaysia disebabkan oleh landskap keselamatan yang berubah di Eropah dan global.

Tindakan  tersebut mengundang kritikan daripada Malaysia, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Luar Negeri Norway berkata kerajaannya dari semasa ke semasa berusaha untuk memperkukuh kawalan terhadap teknologi pertahanan yang dibangunkan di Norway.

“Landskap dasar keselamatan di Eropah dan secara global berubah dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

“Kerajaan oleh itu, dari semasa ke semasa, berusaha memperkukuh kawalan ke atas teknologi pertahanan yang dibangunkan di Norway,”  petik Malaysiakini yang berkata kenyataan itu dihantar kepada portal berita berkenaan.

“Eksport beberapa teknologi pertahanan paling sensitif yang dibangunkan Norway akan dihadkan kepada sekutu dan rakan kongsi terdekat kami.”

Pada masa sama, kementerian itu berkata ia kesal kerana keputusan membatalkan lesen eksport teknologi senjata itu memberi kesan kepada Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri boleh mengesahkan bahawa lesen tertentu berkaitan eksport teknologi pertahanan khusus ke Malaysia dibatalkan.

“Ini semata-mata disebabkan oleh pemakaian peraturan kawalan eksport Norway, dan amat dikesalkan kerana ia menjejaskan Malaysia.

“Tugas kerahsiaan bawah Akta Kawalan Eksport (Norway) adalah ketat. Kementerian Luar Negeri oleh itu tidak dapat mengulas mengenai kes individu.”

Norway hargai hubungan dengan Malaysia

Keputusan Norway bermaksud sistem peluru berpandu serangan laut (NSM) bagi program kapal tempur pesisir (LCS) tidak dapat dihantar walaupun pengeluarnya, Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) menandatangani perjanjian dengan Malaysia pada 2018.

Keputusan itu boleh menyebabkan program LCS Tentera Laut Diraja Malaysia yang lama tertunda tanpa keupayaan peluru berpandu anti-permukaan, sekurang-kurangnya sehingga sistem pengganti diperoleh.

Memetik laporan New Straits Times, portal berita terkenal itu berkata Malaysia sudah membayar 95 peratus daripada nilai kontrak, berjumlah lebih RM500 juta.

Keputusan Norway menyebabkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan kerasnya kepada rakan sejawatannya dari Norway, Encik Jonas Gahr Store dalam satu panggilan telefon pada 14 Mei.

Kementerian Pertahanan Malaysia sementara itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Norway.

Satu jawatankuasa khas di peringkat kementerian ditubuhkan untuk memperincikan tuntutan, yang tidak terhad kepada bayaran balik yang sudah dibuat, tetapi juga termasuk ganti rugi yang timbul daripada pelanggaran kontrak.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Luar Negeri Norway berkata kerajaannya masih menghargai hubungannya dengan Malaysia.

“Norway amat menghargai hubungannya dengan Malaysia dan mengharapkan kerjasama berterusan serta dialog membina dengan pihak berkuasa Malaysia,” kata kenyataan itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim