MCA boleh buat kejutan kepada DAP dalam PRU dan PRN akan datang
Menurut pemegang akaun Facebook Eric See-To- Lim Sian See itu, calon MCA dan MIC bukan sahaja menang di kerusi Melayu-majoriti, tetapi turut menang di kerusi campuran dan kawasan dengan peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi.
"Di Melaka, MCA menang di Machap Jaya (56.26% bukan Melayu) dan Kelebang (33.65% bukan Melayu), manakala MIC menang di Gadek (40.30% bukan Melayu).
"Selepas menang, wakil MCA Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka.
"Wakil MIC, V. P. Shanmugam pula dilantik sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Melaka," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Di Johor pula, MCA menang di Bekok (71.76% bukan Melayu), Yong Peng (66.69% bukan Melayu), Paloh (53.60% bukan Melayu) dan Pekan Nanas (46.64% bukan Melayu), tambahnya.
Penyokong kuat Bossku itu turut berkata MIC menang di Kemelah (44.62% bukan Melayu), Kahang (26.42% bukan Melayu) dan Tenggaroh (18.66% bukan Melayu).
"Selepas PRN Johor, Ling Tian Soon dari MCA, ADUN Yong Peng, dilantik sebagai Exco Kesihatan dan Perpaduan.
"Lee Ting Han dari MCA, ADUN Paloh, dilantik sebagai Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Bawah Lee, Johor mencapai pelaburan diluluskan sebanyak RM110 bilion bagi tahun 2025 - iaitu paling tinggi antara semua negeri di Malaysia.
"K. Raven Kumar dari MIC, ADUN Tenggaroh, pula dilantik sebagai Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya," tambahnya lagi.
Penulis politik itu dengan yakin menegaskan bahawa maksudnya jelas, iaitu undi kepada MCA dan MIC bukan undi kosong.
"Bila calon MCA dan MIC menang bersama Barisan Nasional (BN), mereka bukan sekadar menjadi ADUN. Mereka masuk kerajaan, pegang portfolio Exco dan boleh membawa suara masyarakat terus ke meja pembuat keputusan negeri.
"Ini beza besar antara menang sebagai sebahagian kerajaan dengan menang sebagai pembangkang yang hanya boleh bising dari luar.
"Di Melaka dan Johor, MCA dan MIC sudah membuktikan bahawa mereka masih boleh menang di kerusi campuran, kerusi tinggi pengundi bukan Melayu, malah beberapa kerusi majoriti bukan Melayu," katanya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment