Jururawat terbabas
![]() |
| Gambar hiasan oleh Berita Harian |
Seorang jururawat lelaki warga Singapura maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas lalu terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 10 meter (m) di Jalan Tambak Johor, di Johor Bahru, awal pagi Rabu, 27 Mei 2026.
Seperti dilapor akhbar Berita Harian semalam, dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala serta beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Encik Raub Selamat berkata hasil siasatan awal mendapati terdahulu mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha NMAX dari arah Bukit Chagar menuju ke Bangunan Sultan Iskandar.
Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa dipercayai tersalah memasuki laluan kereta sebelum cuba berpatah balik dengan melawan arus.
"Namun setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar tembok penghadang dan bergesel di kawasan selekoh tajam.
"Akibatnya, mangsa tercampak dari motosikal dan terjatuh dari jejambat setinggi kira-kira 10m, ke atas laluan lori dari arah Singapura ke Malaysia.
"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, selain luka dan calar pada beberapa anggota badan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di Johor Bahru, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Dayang Aziemah Awang Sabeli, melalui talian 017-3064779 bagi membantu siasatan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment