Hassan Karim gesa Zambry, Fadhlina letak jawatan segera

Encik Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

Di Johor Bahru, seorang Ahli Parlimen lantang PKR menegaskan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi

Akhbar Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Pasir Gudang Encik Hassan Abdul Karim sebagai berkata, sepatutnya kedua-dua menteri itu mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan

"Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan.

"Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera," katanya dalam kenyataan semalam, Jumaat 15 Mei 2026.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA, kata akhbar harian Bahasa Melayu itu.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim