Duda tikam leher janda dalam kereta — Polis percaya kerana cinta ditolak

Perasaan cemburu dan cinta tidak dibalas dipercayai menjadi motif seorang lelaki menikam leher seorang wanita di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, dekat Alor Setar, pada Ahad, 17 Mei 2026, di waktu malam.

Seperti dilapor agensi berita rasmi Malaysia Bernama, Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti motif utama kejadian yang melibatkan suspek berumur 32 tahun dan mangsa berusia 35 tahun itu.

“Polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.24 malam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di hadapan sebuah restoran. Mangsa wanita cedera di bahagian leher dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dan terbaring di dalam kereta dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian, sebelum berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah ibadat di Taman Uda, kira-kira enam kilometer (km) dari lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar semalam.

Beliau berkata mangsa merupakan seorang ibu tunggal, manakala suspek ialah duda dan mereka saling mengenali lebih satu tahun kerana kedua-duanya bekerja dalam bidang hartanah.

“Kejadian dipercayai berlaku dengan pantas kerana mereka baru sampai di restoran berkenaan dan kedua-duanya belum turun dari kereta. Beberapa minit kemudian, suspek keluar dari kereta milik mangsa dan terus melarikan diri ke kawasan bendang berhampiran.

“Tindakan pantas mangsa menekan hon kereta berjaya menarik perhatian orang ramai yang berada di restoran berkenaan dan rawatan awal diberi bagi menghentikan pendarahan. Tikaman dipercayai dari bahagian kiri leher sehingga tembus ke kanan, manakala senjata tajam yang digunakan dipercayai sama ada pemecah ais, pemutar skru atau pisau rambo,” katanya.

Adzli berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada mangsa serta beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Adzli memaklumkan suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan parah kepada teman wanitanya beberapa tahun lepas.

“Hasil saringan urin mendapati suspek negatif terhadap sebarang bahan terlarang dan dia direman selama tujuh hari hingga 24 Mei bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim