Dibelasah hingga cedera parah kerana menjeling

Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama sebentar tadi melaporkan tiga rakan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Kepong, Kuala Lumpur pada 7 Mei lepas.

Tukang kayu Encik Wong Weng Luen, 49, juruteknik Encik Lai Kae Bin, 33, dan pekerja pusat memorial Encik Wan Ken Fei, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Puan Noridah Adam.

Mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Encik Andrew Teh Tiek Hua, 49, di sebuah restoran di Jalan Kepong, Metro Prima di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi, 7 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh didenda atau dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Puan Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu serius dan tidak boleh dijamin.

“Sekiranya jaminan diberikan kepada tertuduh, ada kemungkinan mereka akan melarikan diri dan mengganggu mangsa dalam kes ini,” katanya.

Peguam Encik S. Narasimhan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan atas alasan anak guam telah memberikan kerjasama baik dengan pihak berkuasa, selain mahkamah juga mempunyai budi bicara untuk memberikan jaminan.

"Walaupun kes ini telah tular, namun tidak semestinya tertuduh tidak mendapat jaminan. Dalam kes ini, tertuduh telah serah diri dan mereka perlu diberikan peluang untuk diikat jamin,” katanya.

Turut hadir pada prosiding itu peguam pemerhati bagi mangsa, Encik Chia Hui Ming.

Noridah tidak membenarkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga individu menyerang seorang lelaki sehingga cedera selepas didakwa menjeling sekumpulan individu ketika makan di sebuah restoran di Kepong.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim