Budaya rasuah melampau dalam UMNO antara punca utama politik Malaysia menjadi tidak stabil

Serpihan Dalam Politik Tidak Bermakna Malaysia Akan Terus Kecundang 

UMNO? MCA? MIC? DAP? PKR? PAS? BERSATU? BERSAMA?

1. Pemerhatian rambang selalunya mengatakan parti-parti politik serpihan tidak akan berjaya atau kekal lama. 

2. Contoh seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Semangat 46, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sering disebut.

3. Berjasa ditubuhkan oleh pemimpin PAS yang kalah dalam perebutan kuasa di Kelantan pada tahun 1977. Semangat 46 ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli UMNO yang tewas dalam percubaan menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertandingan Majlis Tertinggi tahun 1987. Amanah ditubuhkan oleh golongan bukan agama dalam PAS berikutan kekalahan pemilihan parti tahun 2015.

4. Semangat 46 cuba secara besar-besaran untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1990 tetapi menang lapan kerusi Parlimen saja daripada 180. Dalam PRU 1995 ia menang enam kerusi.

5. Pada tahun 1996, ia dibubarkan dan majoriti pemimpinnya, termasuk Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, dan ramai ahli kembali menyertai UMNO

6. Bersatu ditubuhkan oleh Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada tahun 2017 bagi "mengambil alih" peranan UMNO. Pada mulanya mereka cuba mengubah UMNO dari dalam dengan menggesa supaya tindakan diambil ke atas Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kerana menjadi arkitek Skandal 1MDB. 

7. Sebaliknya, Muhyiddin dan beberapa orang pemimpin kanan dipecat manakala Dr Mahathir keluar parti. Pada mulanya mereka melancarkan kempen "Selamatkan Malaysia". Kempen itu turut disertai oleh pemimpin parti-parti pembangkang.

8. Dalam PRU 2018, Bersatu bertanding sebagai anggota Pakatan Harapan (PH) dengan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri. 

9. PH menang 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan Bersatu memperoleh 13 kerusi. Dalam PRU 2022, Bersatu bertanding bersama PAS sebagai Perikatan Nasional (PN) dan menang 31 kerusi. PAS menang 43 kerusi - paling banyak dalam sejarah penubuhannya. 

10. Kedua-dua PAS dan Bersatu adalah serpihan UMNO. PAS ditubuhkan pada tahun 1951 oleh ulama konservatif dan ahli Biro Hal Ehwal Agama Umno. Ia diasaskan di Butterworth pada 24 November 1951 dengan Encik Ahmad Fuad Hassan sebagai Presiden pertamanya.

11. Dalam erti kata lain, PAS terpaksa bekerja keras selama 71 tahun untuk mencapai kedudukan seperti hari ini. Maka, kalau kita lihat daripada perspektif jangka panjang, PAS adalah parti serpihan yang berjaya.

12. Hari ini ia lebih kuat daripada UMNO. Ia ada 43 kerusi Parlimen sedangkan UMNO hanya 26. Bersatu pun lebih gah daripada UMNO dengan 31 kerusi.

13. Sedikit sebanyak kita boleh kata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun ada DNA UMNO. Banyak pengasasnya, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah dari UMNO. Beliau masuk politik melalui UMNO dan naik sehingga jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri. Hari ini, PKR lebih berjaya daripada UMNO. Ia mempunyai 31 kerusi berbanding 26 oleh UMNO

14. Penyakit keturunan parti-parti serpihan adalah ia mudah berpecah. Macam terkena sumpahan.

15. PAS berpecah jadi Berjasa dan Amanah tetapi semakin kukuh. Hari ini ia parti terbesar dalam Parlimen. 

16. PKR boleh kata tidak pernah berhenti menyerpih. Dari masa ke masa ia memuntahkan pemimpin tertinggi dan penyokong tegar yang tidak sebulu dengan Anwar.

17. Tahun 2020, Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan 10 orang Ahli Parlimen keluar dan akhirnya menyertai Bersatu. Ahad lalu, 17 Mei, giliran feksyen Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli pula keluar. Mohd Azmin  kekal sampai hari ini. Rasanya Mohd Rafizi pun berpotensi mencabar PKR. 

18. Bersatu yang baru berusia sembilan tahun sudah pecah beberapa kali apabila yang tidak setuju dengan Muhyiddin dipecat, digantung atau keluar sendiri.

19. Ironinya, perpecahan ini berlaku dengan lebih kerap pada parti-parti Melayu atau yang banyak ahlinya berbangsa Melayu. 

20. Boleh jadi dalam DNA Melayu tidak wujud sifat bersatu padu yang mendalam. 

21. Banyak bangsa di muka bumi ini, apabila terancam mereka bersatu. Orang Melayu tidak putus-putus bercakap tentang ancaman oleh bangsa-bangsa lain. Tetapi mereka tidak putus-putus berpecah-belah.

Wallahuaklam. Terima kasih.


Adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, dipetik dari hantaran di Facebook beliau semalam, Ahad 24 Mei 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim