Alahai Ketawalah Lagi

Ketika rehat di pertengahan seminar, saya ternampak seorang wanita Thailand duduk sendirian sambil menangis teresak-esak.

Tanpa melengahkan masa saya mendekatinya dan menghulurkan secawan kopi padu. Dia menyambut kopi itu dan meminumnya.

Akhirnya dia bercerita bahawa dia merasa tertekan, selalu diketawakan rakan sekerja kerana melaksanakan tugas hingga selesai agak perlahan berbanding pekerja-pekerja lain yang laju lagi pantas.

Saya tanya sama ada boss dia pernah marah berdasarkan hasil kerjanya. Dia kata tidak.

"Malah boss selalu puji saya di atas hasil kerja yang baik, sempurna dan memuaskan," jawabnya.

Lalu saya bertanya: "Bagaimana pula dengan pekerja lain yang laju dan pantas itu?" 

Wanita itu menjawab: "Saya tak pasti. Tapi ada juga saya ternampak boss menegur mereka kerana terdapat beberapa kesilapan dalam kerja mereka, akhirnya mereka terpaksa menyiapkan semula kerja sekali lagi untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan itu." 

Saya termenung seketika. Kemudian berkongsi pengalaman saya dengan memberitahunya bahawa dalam banyak kes, orang yang suka mentertawakan orang dan merendah-rendahkan orang biasanya orang itu lebih teruk dari mereka yang diketawakan.

Melalui telefon bimbit, saya menunjukkan kepada wanita itu satu persembahan video pendek kisah orang diketawakan...

Wanita itu kemudian ketawa dengan spontan dan tidak menangis lagi.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim