Wanita mengamuk bersenjatakan garfu, cederakan dua lelaki, pecahkan cermin restoran

Media melaporkan wanita yang mengamuk di sebuah kedai makan didenda RM11,800 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh, Perak, semalam, atas tiga pertuduhan berasingan.

Puan Nurfarahanim Soaid, 29, mengaku bersalah di hadapan Majistret Puan Anis Hanini Abdullah dan Encik Mohd Harith Mohd Mazlan di dua mahkamah berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, Nurfarahanim mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Encik Mohamed Hussain Mubarakali dengan cara menampar dan menumbuk mangsa.

Justeru dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun, denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Puan Amal Aziemah Abd Kohar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, Nurfarahanim memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai tiga anak, menghidap gangguan bipolar sejak 2021, dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 2018.

Anis Hanini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,800, atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan kedua di mahkamah berasingan, Nurfarahanim mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Encik Muniasamy Rathinavel Nadar menggunakan senjata berbahaya, iaitu garfu.

Cakar dengan garfu

Kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau alatan berbahaya, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia juga mengaku melakukan khianat dengan memecahkan tiga kaca pameran makanan restoran yang menyebabkan kerosakan harta benda.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Semua kesalahan itu berlaku di Restoran SK Naina di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, pada jam 6.26 pagi, 28 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Encik S Nishaalini mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Encik Robert S Gnanarajan.

Nishaalini menggesa mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh menunjukkan tingkah laku agresif di tempat awam dan menggunakan garfu, yang boleh dianggap sebagai senjata berbahaya, untuk mencederakan mangsa.

Pemilik restoran dakwa rugi RM45,000

"Dia juga menggunakan pisau pemotong daging untuk menghempas kaca pelindung di restoran yang menunjukkan tingkah laku agresif. Pemilik restoran mengalami kerugian berjumlah RM45,000, termasuk kos harta benda yang rosak dan kerja-kerja pembersihan," katanya.

Dalam rayuan, Gnanarajan memohon denda minimum dengan menjelaskan bahawa anak guamnya adalah seorang ibu tunggal yang sedang menerima rawatan kerana gangguan bipolar dan mengalami kesukaran mengawal tindakannya.

"Dia menjual kuih dengan pendapatan hanya RM500 sebulan," katanya.

Mohd Harith kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi pertuduhan kedua dengan hukuman penjara 12 bulan jika gagal bayar, dan RM4,000 bagi pertuduhan ketiga dengan hukuman penjara 10 bulan jika gagal menjelaskannya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim