Penyanyi Rock Letak Jawatan Pengerusi Surau

"Jangan menyanyi macam dulu sampai panjat tiang bagai," kata penyanyi rock itu.

Merujuk satu laporan portal berita sensasi Harian Metro, rakan akhbar sebumbung Berita Harian melaporkan bekas vokalis kumpulan Wings, Mel yang popular sekitar 1995 menerusi album Orang Asing, memaklumkan sudah meletak jawatan pengerusi surau di kawasan Puncak Jalil yang disandangnya sejak enam tahun lalu.

Mel sudah meletak jawatan pengerusi surau di kawasan Puncak Jalil yang disandangnya sejak enam tahun lalu. Gambar Fail NSTP

Encik Mel atau nama sebenar, Ismail Zainuddin, 60, berkata, keputusan itu dibuat memandangkan dia akan terbabit dengan projek bersama keluarga selepas ini.

"Keputusan itu dibuat kerana banyak kerja saya akan buat. Bulan puasa ini pun saya nak mula perniagaan, selepas itu nak uruskan satu projek bersama keluarga.

"Ia untuk satu perniagaan yang baik dan bermanfaat. Jadi saya ambil keputusan letak jawatan dan ia diterima baik oleh komuniti di situ.

"Namun saya tak duduk diam kerana sepanjang bulan puasa juga aktiviti saya padat dengan tazkirah di beberapa lokasi," katanya.

Mel yang menjadi vokalis undangan kumpulan Barbarik, menafikan tindakan itu disebabkan dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Saya menyanyi ini pun satu kerjaya yang tetap. Cuma, tugas sebagai pengerusi surau sebelum ini tetap didahulukan juga. Sebenarnya saya bahagi sama rata.

"Biasalah. Menyanyi tak banyak kerja pun, cuma sesi latihan itu yang banyak sikit saya kena buat kerja. Semuanya okay.

"Masyarakat terutama netizen kadang-kadang fikir lain. Cuma kita di atas pentas itu jangan langgar larangan-larangan. Itu yang jadi masalah," katanya.

Mel berkata, persembahannya masih lagi terkawal dan dia melihat faktor umurnya tidak sesuai melakukan sesuatu yang kurang manis di atas pentas.

"Kerja dan umur, tapi satu benda yang kita perlu ingat, kita bukan macam dulu. Bila kita sudah umur begini, kenalah bawa dengan cara umur sekarang. Tidaklah orang kata keterlaluan.

"Macam dulu kita boleh panjat tiang, panjat apa semua, tapi masa itu sudah berlalu. Past is past. Cuma kita ambil yang baharu ini untuk kita tertibkan diri kita lebih cantik lagilah.

"Tak ada niat nak melalaikan, insya-Allah tak ada. Kita buat style yang orang terima dan mudah dipelajari pengikut dan peminat yang suka dengan muzik dan setia dengan muzik," katanya.

Mel tampil pada Konsert Pentas Barbarik Volume 2 di Mega Star Arena, Bukit Bintang kelmarin dengan menyampaikan dua lagu, Ranjang Mawar dan Lena Diulit Intan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim