KM Pulau Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat kes salah guna wang zakat

Chow berkata isu itu sebenarnya telah dibangkitkan dan diberi penjelasan semasa Persidangan DUN Pulau Pinang pada November tahun lepas dan penjelasan yang diberikan ketika itu dianggap memuaskan

Audit-auditan, kontrol-kontrolan, korup-korupan🎵

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama malam tadi melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan secara bebas berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Encik Chow Kon Yeow berkata SPRM telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan atau menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu.

"Sejak SPRM memulakan siasatan, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan tugas mereka secara bebas kerana kami bukan penyiasat tapi kerajaan negeri akan bagi kerjasama sepenuhnya," katanya selepas mengadakan lawatan ke Thaneer Panthal sempena Thaipusam di Jalan Air Terjun di George Town, ibu negeri Pulau Mutiara itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

SPRM dilaporkan berkata kertas siasatan itu dibuka susulan pendedahan dibuat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun lepas.

Menurut SPRM, pasukan siasatan telah hadir ke beberapa pejabat disyaki terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan kesemua bahan itu kini dalam proses penelitian, dan selain itu SPRM turut merakamkan percakapan dua individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Chow berkata isu itu sebenarnya telah dibangkitkan dan diberi penjelasan semasa Persidangan DUN Pulau Pinang pada November tahun lepas dan penjelasan yang diberikan ketika itu dianggap memuaskan.

Beliau bagaimanapun berkata isu itu dibangkitkan semula baru-baru ini sehingga mendorong SPRM membuka siasatan rasmi.

Chow ketika mengulas kedudukan pegawai kanan itu berkata individu berkenaan masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri memanggil pegawai itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut selain perbincangan di DUN sebelum ini, beliau berkata ia tidak perlu kerana kerajaan negeri berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim