Dua kes berprofil tinggi didengar hari ini

Media tempatan melaporkan dua kes berprofil tinggi didengar di Mahkamah berbeza hari ini, satu di Putrajaya dan satu lagi di Kuala Lumpur. 

Seperti disiarkan akhbar Berita Harian, pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah akan didengar Mahkamah Persekutuan pagi ini manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan berlangsung perbicaraan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, isteri Tun Daim Zainuddin.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac tahun lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Mohd Isa atas pertuduhan terbabit.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.

Pada 6 Mac tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa selepas membenarkan rayuannya.

Panel itu sebulat suara mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan kepada Mohd Isa.

Mahkamah Rayuan juga membatalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Encik Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Encik Muhammad Zahid Md Arip.

Bayaran itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes isteri Tun Daim di Mahkamah Sesyen

Sementara itu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan mendengar perbicaraan kes Toh Puan Na'imah Abdul Khalid yang menghadapi pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu didakwa gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan harta, termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Perbicaraan kes berkenaan sebelum ini ditetapkan pada 19 hingga 21 November lalu serta 21 hingga 23 Januari dan 3 hingga 5 Februari 2026 dan didengar di hadapan Hakim Puan Azura Alwi.

Pada 18 Februari tahun lalu, hakim sama menolak permohonan Na'imah untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta itu ke Mahkamah Tinggi.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim