Agong ucap tahniah atas pencapaian cemerlang Nga Kor Ming dan KPKT

Dalam pertemuan itu Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan serta perkembangan semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 
Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Encik Nga Kor Ming di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai laporan serta perkembangan semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), termasuk tahap kesiapsiagaan dan keupayaan jabatan itu dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam serta mengendalikan operasi kecemasan di seluruh negara.

"Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan mengenai penganjuran Sambutan Hari Bomba Sedunia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru pada Mei tahun ini," demikian menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohamad serta Timbalan Ketua Pengarahnya (Pembangunan) Datuk Othman Abdullah.

Sementara itu, Nga menerusi kenyataan berasingan berkata sambutan Hari Bomba Sedunia itu diadakan sempena Ulang Tahun ke-50, Jubli Emas Penyatuan JBPM di bawah Kerajaan Persekutuan dan dijangka dihadiri lebih 20,000 pengunjung.

Beliau berkata pada sesi sama, Kad Laporan KPKT 2025 bertajuk 'KPKT Dekat di Hati: Detik Kejayaan KPKT Tahun 2025' turut dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, yang merangkumi pelbagai pencapaian kementerian sepanjang tahun lepas.

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kementerian atas pencapaian cemerlang sepanjang tahun lepas, termasuk kejayaan meraih pengiktirafan di peringkat global serta memenangi Anugerah Pembangunan Negara," katanya.

Antara pencapaian utama KPKT sepanjang 2025 ialah kejayaan menyediakan 511,544 unit rumah mampu milik yang melepasi sasaran 500,000 unit di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, selain pembinaan 26,000 unit Rumah Mesra Rakyat bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Kementerian itu turut membina semula serta menyerahkan 18 rumah kepada mangsa insiden letupan gas di Kampung Sungai Baru, Putra Heights, dalam tempoh enam bulan.

Selain itu, dalam usaha melindungi kepentingan pembeli, sebanyak 1,333 projek perumahan swasta dan awam yang sakit serta terbengkalai berjaya dipulihkan, melibatkan hampir 160,000 pembeli, termasuk menyelamatkan projek Residensi Hektar Gombak yang tergendala sejak 2022.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim