Zahid Hamidi tak mahu dipatuk ular yang sama di tempat yang sama

Ular berbisa ada di mana-mana


Bercakap kepada sekumpulan wartawan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa partinya bersama BN akan terus kekal dalam kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal kali ini.

Katanya, ia antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Biro Politik malam semalam.

Turut dibincangkan adalah gesaan daripada ketua pemuda parti itu, Datuk Seri Dr Muhamad Akmal Saleh pada Sabtu lalu supaya UMNO menarik diri daripada kerajaan perpaduan dan menjadi pembangkang, kata Malaysiakini.

"Saya mempunyai pendirian daripada awal, parti juga mempunyai pendirian daripada awal bahawa kita tidak akan pernah melakukan tebuk atap kepada kerajaan yang ada sekarang ini.

"… dan kita akan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan ini hingga tamat penggal. Bila pun penggalnya yang akan diumumkan nanti ia adalah penggal yang secukupnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 ," katanya.

Dia berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di Putrajaya hari ini.

Zahid seterusnya menegaskan tiada sebarang  keputusan muktamad dibuat pada mesyuarat malam semalam .

“Kami telah membincangkan secara terbuka dan kami telah melakukan semua penelitian dan perincian terhadap saranan Pemuda itu dan tidak ada keputusan muktamad yang telah dicapai,” katanya.

Mengulas mengenai desakan supaya UMNO dan PAS menghidupkan semula kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN), Zahid berkata, partinya tidak mahu dikhianati oleh pihak yang sama dan tidak mahu episod tersebut berulang.

“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu dan kita belum memuktamadkannya lagi.

“Kita tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama,” katanya lagi.

Zahid dipercayai merujuk PAS sebagai ular yang dikiaskannya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim