Tiada halangan Tan Sri bankrap saman Datuk Seri Aliff Syukri

Media melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam, Selasa 6 Januari 2026, memberitahu bahawa bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar, atas) boleh memberi keterangan dalam kes samannya terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman (gambar, bawah) walaupun berstatus muflis.

Hakim, Encik Roslan Mat Nor berkata, seseorang yang disahkan bankrap tidak dikecualikan daripada memberikan keterangan di mahkamah.

Beliau berkata, Abdul Kadir, 86, selaku plaintif juga tidak dihalang daripada meneruskan saman itu walaupun termasuk sebagai individu yang tertakluk di bawah Akta Insolvensi 1967.

“Plaintif masih berhak walaupun tiada kebenaran atau ‘sanction’ diberikan oleh mahkamah,” katanya seperti dipetik akhbar Bahasa Melayu berpengaruh, Sinar Harian.

Semasa prosiding, peguam, Encik Zulfahmi Abu Bakar yang mewakili Aliff Syukri, 39, membangkitkan bahawa status muflis membabitkan bekas veteran UMNO menyebabkannya tidak layak untuk memberi keterangan selaku saksi.

“Plaintif sepatutnya mendapatkan ‘sanction’ terlebih dahulu sebelum memberi keterangan,” katanya yang hadir bersama dua lagi peguam, Encik Mohd Tajudin Abd Razak dan Cik Shah Nurul Afzan Abdullah.

Bagaimanapun, peguam, Encik Ravichandaran Selliah yang mewakili Abdul Kadir berkata, anak guam yang berkecimpung dalam arena politik selama 30 tahun itu boleh memulakan tindakan saman mengikut Seksyen 38 Akta Insolvensi.

“Tiada keperluan untuk mendapatkan ‘sanction’, malah berdasarkan kes-kes terdahulu, mahkamah telah membenarkan seseorang memberikan keterangan dan meneruskan tindakan saman.

“Oleh demikian, kami menghujahkan terdapat asas yang mencukupi untuk kes ini diteruskan sehingga akhir perbicaraan,” katanya yang hadir bersama peguam, Encik T Dheenish.

Abdul Kadir, 86, yang memfailkan saman pada 6 September 2023 berkata, Aliff Syukri, 37, yang turut terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut yang ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023.

Bekas Menteri Penerangan itu mendakwa, kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan tersebut telah mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, plaintif menuntut antaranya defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah, selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa, beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

Defendan mendakwa, pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif kepadanya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim