Tan Sri dan dua isteri ditahan SPRM
Media tempatan melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama dua isterinya kira-kira jam 7 malam tadi.
Penahanan mereka bagi membantu siasatan berhubung satu tender perolehan ketenteraan yang kontroversi, maklum Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, seperti dipetik Malaysiakini.
Semalam, Azam berkata Hafizuddeain dan kedua-dua isterinya akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya hari ini bagi permohonan reman.
“Esok (hari ini), SPRM dijangka memohon reman bekas panglima dan dua isterinya.
"Pasangan suami isteri yang ditahan itu pula telah direman tujuh hari,” katanya seperti dipetik Bernama, dipercayai merujuk pasangan berkenaan yang terkait mereka disyaki bersubahat melarikan wang tunai sebanyak RM2.4 juta, seperti dilapor Bulletin TV3.
Difahamkan, siasatan itu tertumpu kepada aliran wang yang disyaki telah dimasukkan ke dalam akaun pegawai berkenaan.
Terdahulu, Hafizuddeain hadir sendiri ke ibu pejabat SPRM sekitar jam 3 petang semalam untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Hafizuddeain Jantan diarahkan mengambil cuti sementara menunggu siasatan pihak berkuasa berhubung dakwaan yang dikaitkan dengannya diselesaikan.
Susulan itu, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Pada 23 Disember lalu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dengan siasatan memberi tumpuan kepada projek-projek yang dilaksanakan menerusi proses tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Kelmarin, SPRM turut menahan reman 17 pengarah syarikat yang dipercayai terbabit dalam rangkaian kartel berkaitan tender perolehan Tentera Darat.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment