Nabi Muhammad SAW melamar gadis cantik anak billionaire untuk seorang lelaki kurang handsome


"Dia Kurang Handsome, Dia Miskin, Tiada Siapa Nak Buat Menantu. Tapi Bila Dia Meninggal Dunia, Nabi Muhammad SAW Gali Kubur Dia Guna Tangan Sendiri."


Kita hidup dalam dunia yang kejam sebenarnya, di mana nilai seseorang itu sering diukur pada jenama baju yang dia pakai, jenis kereta yang dia pandu atau seberapa elok rupa paras dia bila dimuat naik di media sosial.


Kalau kacak, semua benda jadi mudah, tapi kalau rupa kurang siap, silap-silap nak bagi salam pun orang buat tak dengar.


Tapi, lebih 1,400 tahun dulu di Madinah, ada seorang lelaki yang nasibnya jauh lebih malang daripada itu bernama Julaybib.

Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari.

Dia ni bukan setakat miskin, malah rupa parasnya dikatakan sangat tidak menarik, pendek dan kulitnya hitam legam sampaikan orang-orang Madinah masa tu kalau boleh tak nak terserempak dengan dia.

Julaybib ni hidup sebatang kara, tak ada kabilah yang kuat nak backup dia, tidur pun merata-rata berbantalkan lengan dan dia sering menjadi bahan ejekan.

Tapi dia ada satu benda yang orang lain tak nampak iaitu hati dia yang sentiasa terpaut pada Rasulullah SAW.

Dia akan duduk di saf paling depan bila Nabi bercakap, merenung wajah Nabi seolah-olah itulah satu-satunya penawar bagi hati dia yang lara dipandang hina oleh masyarakat.

Satu hari, Nabi SAW tanya dia soalan yang buat dia terdiam, "Wahai Julaybib, kamu tak nak kahwin ke?"

Julaybib senyum pahit, mungkin dia rasa soalan tu kelakar sebab dia tahu siapa diri dia.

Dia jawab, "Ya Rasulullah, siapalah yang sudi kahwinkan anak perempuan mereka dengan orang macam aku ni? Aku ni tiada harta, rupa pun buruk."

Tapi Nabi bukan manusia biasa yang pandang luaran. Nabi terus pergi jumpa seorang pemimpin Ansar yang kaya dan terhormat, lalu Nabi melamar anak perempuan orang kaya itu.

Bapa perempuan tu seronok bukan main, dia ingat Nabi nak melamar untuk diri Baginda sendiri, terus dia kata "Ya! Ini satu kemuliaan besar!" Tapi bila Nabi kata "Bukan untuk aku, tapi untuk Julaybib," terus berubah air muka orang tua tu.

Dia minta tempoh nak bincang dengan isteri dia dan bila isteri dia tahu calonnya ialah Julaybib si lelaki buruk tu, mak dia melenting sakan, "Julaybib? Tak boleh! Demi Allah aku takkan serahkan anak aku pada dia!"

Bayangkan betapa hancurnya hati Julaybib kalau dia dengar perbualan ni. Tapi takdir Allah itu indah, anak gadis mereka yang solehah tu dengar dari dalam bilik lalu dia keluar dan tegur mak ayah dia dengan satu ayat yang cukup "makan dalam".

Gadis tu kata, "Adakah mak dan ayah nak tolak permintaan Rasulullah? Jika Nabi redha dia untukku, maka aku pun redha."

Kata-kata gadis tu menutup mulut mak ayah dia dan akhirnya perkahwinan yang dianggap "mustahil" oleh masyarakat Madinah itu pun berlangsung dengan keberkatan doa Nabi.

Tapi, "bulan madu" mereka tak lama sebab sejurus lepas tu panggilan Jihad bergema memanggil kaum lelaki ke medan perang.

Julaybib, walaupun baru je merasa nikmat dunia ada isteri cantik, dia tak fikir dua kali.

Dia tinggalkan pelamin, dia capai pedang dan dia terus meluru ke barisan hadapan sebab bagi dia, panggilan Allah dan Rasul lebih utama dari segalanya.

Habis perang, bila tentera Islam menang dan mula mengira korban, Nabi SAW tanya sahabat, "Ada sesiapa yang kamu kehilangan?"

Sahabat pun sebutlah nama-nama si polan bin si polan, orang-orang kenamaan yang syahid. Nabi tanya lagi, "Ada lagi tak?" Sahabat jawab, "Tak ada dah ya Rasulullah."

Masa ni, air muka Nabi berubah sedih. Baginda kata, "Tapi aku kehilangan Julaybib."

Rupa-rupanya, sahabat-sahabat lain tak perasan pun Julaybib hilang sebab bagi mereka, Julaybib ni "tak penting", ada tak menambah, tiada tak mengurang.

Nabi sendiri turun cari jenazah dia dan bila jumpa, luluh hati Baginda tengok keadaan Julaybib yang penuh luka.

Tapi yang mengejutkan, di sekeliling mayat Julaybib ada tujuh mayat tentera musuh bergelimpangan.

Rupanya, si kerdil yang dihina orang inilah yang mengamuk macam singa, bunuh tujuh musuh sendirian sebelum dia sendiri rebah syahid.

Masa nilah berlaku satu babak yang buat para sahabat cemburu sampai bila-bila.

Nabi SAW duduk, letakkan kepala Julaybib di atas paha Baginda (sebagai alas), lalu Nabi bersabda dengan suara yang sebak, "Dia bunuh tujuh orang, kemudian dia dibunuh.

Dia adalah sebahagian daripadaku, dan aku adalah sebahagian daripadanya." Nabi ulang ayat tu dua kali.

Bukan itu saja, diriwayatkan bahawa Nabi sendiri yang menyambut jenazah Julaybib dengan kedua tangan Baginda yang mulia dan Baginda sendiri yang memasukkannya ke liang lahad.

Sahabat-sahabat yang dulu pandang rendah pada Julaybib menangis tengok betapa tingginya darjat "si buruk" ni di sisi kekasih Allah.

Maka, kisah Julaybib ini mengajar kita satu realiti yang sangat keras.

Kita sibuk nak cantikkan muka, sibuk nak kumpul harta supaya orang pandang tinggi, sedangkan di sisi Tuhan, rupa paras tu tak laku sesen pun kalau hati tak ada iman. Bukan bermaksud tak jangan kekemasan, kewangan dan kebersihan tau. 

Julaybib mungkin buruk di mata penduduk bumi, tapi dia sangat "kacak" dan ternama di kalangan penduduk langit.

MasyaAllah, sesungguhnya kemuliaan seseorang itu bukanlah terletak pada eloknya rupa atau tebalnya poket, tetapi pada sejauh mana ketaatan dan pengorbanannya kepada Allah dan Rasul.

Kisah Julaybib ini menjadi cermin untuk kita renung kembali, adakah kita yang serba sempurna fizikal ini mampu mendapat pengiktirafan "Dia sebahagian daripadaku" daripada Nabi SAW atau kita sekadar buih-buih yang hanyut dibawa arus dunia tanpa nilai di sisi-Nya.


Disiarkan dari perkongsian bekas Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang Permadu Malaysia, Puan Zafiyah Hussain menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Jumaat 9 Januari 2026. Beliau memetik sebuah penceritaan dalam sesi tazkirah agama yang dikongsi oleh Encik Mazlan Syafie.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim