Mahathir jatuh di rumah, naik ambulans ke IJN
![]() |
| Gambar lama, dipetik dari Utusan Malaysia |
Mahathir berada dalam keadaan sedar
Media di Malaysia hampir serentak melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad diberitakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Encik Sufi Yusoff, dalam hantaran menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp memberitahu Mahathir dalam keadaan sedar dan terus dikejarkan ke IJN dengan ambulans dari kediamannya pada sekitar jam 9 pagi tadi.
Namun, Sufi berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut sehingga mendapatkan kemaskini laporan perubatan.
“Dia dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Sufi menambah ketika kejadian difahamkan Mahathir sedang berjalan dari bahagian balkoni ke ruang tamu kediamannya.
Kali terakhir, Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 13 Julai tahun lalu susulan akibat keletihan selepas menghadiri sebuah program sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99 di Putrajaya.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment