Kes FAM menunjukkan FIFA sangat berkuasa di pentas bolasepak seluruh dunia

LEBIH DARI SEKADAR MENGGERTAK

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan semalam, akhbar Sinar Harian merumuskan bahawa sukan bola sepak negara bakal berdepan detik hitam sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan hukuman gantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumentasi membabitkan tujuh pemain Harimau Malaya.

Rumusan itu dibuat berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John yang menegaskan, implikasi besar menanti jika hukuman berat itu dijatuhkan.

Ia akan menyaksikan tiada mana-mana kelab dari Liga Malaysia (Liga-M) dibenarkan mewakili negara di pentas antarabangsa seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) atau ACL II.

"Kalau FIFA menggantung FAM, maka semua pasukan kebangsaan dan kelab tidak boleh beraksi luar daripada Malaysia," katanya.

Windsor menjelaskan, biarpun saingan domestik Liga-M masih boleh diteruskan di dalam negara, namun penganjurannya tidak akan mendapat sebarang pengiktirafan daripada badan induk dunia mahupun Asia itu.

"Itu keadaan sangat drastik yang mana-mana negara tidak ingin ia berlaku," ujarnya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan FIFA yang mengekalkan keputusan awal Jawatankuasa Tatatertib untuk menggantung tujuh pemain terbabit selama 12 bulan serta denda akibat isu pemalsuan dokumen kelahiran.

Susulan itu, FAM difahamkan telah membawa isu pemalsuan dokumen tujuh pemain negara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland sebagai langkah terakhir.

Bagaimanapun, kebimbangan kini terarah kepada keputusan CAS kelak, yang mana jika tidak memihak kepada FAM, FIFA boleh mencadangkan hukuman tambahan lebih berat termasuk menggantung keahlian FAM ekoran skandal tersebut.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim