Fauzi didakwa pecah amanah jenayah dana RM5 juta Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).


Pertuduhan ini bukan rasuah tetapi salah guna dana, kata peguam bela

Media tempatan hampir serentak melaporkan seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Encik Mohamed Fauzi Kamis, pagi ini didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan dana RM5 juta daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Menurut portal berita Malaysiakini, Mejar Jeneral berusia 56 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Puan Suzanna Hussin.

Mohamed Fauzi didakwa atas kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa pelaburan TKAT apabila membuat pelaburan tambahan menggunakan dana TKAT sebanyak RM5 juta ke Precious Amber International Bhd tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 27 November 2023 di ibu pejabat Kementerian Pertahanan.

Pertuduhan ke atasnya dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Law Chin How, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM300,000 serta menahan pasport milik Mohamed Fauzi.

“Yang didakwa masih berkhidmat dalam angkatan tentera dan sering mengembara ke luar negara untuk menghadiri program. Kami mencadangkan ikat jamin RM300,000 memandangkan yang didakwa berisiko melarikan diri.

“Kami percaya jumlah ini munasabah dan wajar," ujarnya.

Peguam Mohamed Fauzi, Encik Ahmad Zahiril Muhaiyar, bagaimanapun memohon ikat jamin yang lebih rendah iaitu RM70,000.

“Ini adalah kes yang menarik kerana yang didakwa masih berkhidmat dan memegang pangkat dua bintang. Beliau seorang jeneral dan harus dilayan sewajarnya.

“Saya percaya RM300,000 yang dicadangkan pendakwa agak tinggi memandangkan pertuduhan ini bukan rasuah tetapi salah guna dana.

“Oleh itu, saya memohon mahkamah mempertimbangkan ikat jamin RM70,000," katanya.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan ikat jamin sebanyak RM100,000 ke atas Mohamed Fauzi dan menahan pasportnya sehingga kes ini selesai.

Hakim turut menetapkan 16 Mac untuk sebutan kes.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim