DAP sebenarnya okay, kata Ahli Fikir dari Kulim


PANDANGAN IKHLAS WALAUPUN PAHIT UNTUK DITELAN SESETENGAH ORANG MELAYU

I bukan ahli mana-mana parti politik. Mana tidak kena yang merugikan rakyat, I hentam. Walaupun Anwar. I tidak taksub pada mana-mana pemimpin. Yang salah tetap salah. 

Sebagai pemerhati politik sejak tahun 80'an, I nampak trend politik negara bergolak dari Islamik bawah Almarhum Tan Sri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada bukan Islamik bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keduanya ada kekuatan dan kelemahan. 

Sejak kerajaan Madani bongkar rasuah baru kita sedar kalau tidak semua, majoriti pengkhianat negara adalah orang Melayu. Sebab yang pegang jawatan dalam kerajaan dan ada kuasa mudah seleweng duit. Sanggup jual maruah bangsa dan agama hingga negara... Hakikat ini kalau orang Melayu tidak celik, dia memang BODOH

Selama ini pemimpin politik guna taktik serang saraf. Cara hasut emosi orang Melayu. Hasut orang Cina nak ambl alih kuasa politik negara. Parti DAP bahaya... 

Yang percaya, sensitif adalah orang Melayu yang cetek tidak reti nak berfikir dengan bijak. 

DAP Perak menang majoriti dulu pun tidak boleh letak MB dari DAP. Sekarang pun, DAP menang terbanyak kerusi pun tidak boleh letak Perfana Menteri dari DAP. 

Orang Melayu marah dengan DAP sebab ada kenyataan yang sensitif tetapi depa cakap yang benar. Kalau DAP boleh cakap orang Melayu bodoh sebab berpecah belah hingga ada 5-6 parti politik, betul ke tidak? 

Kalau DAP kata UMNO bodoh taksub nak bebaskan Najib, betul ke tidak? 

Kalau DAP kata orang Melayu pengkhianat bangsa dan negara, betul ke tidak?

Kalau DAP kata PAS cerdik boleh tunggang agama sampai orang Melayu percaya PAS perjuangkan Islam, betul ke tidak?

DAP tahu depa tidak boleh ambil kuasa politik negara. Tidak cukup undi Cina dan majoriti rakyat Malaysia orang Melayu. Depa kaum minoriti seramai 22% sahaja. 

Kekuatan negara itu terletak pada ketuanan Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu dan tentera dan Polis Diraja Malaysia.  Perlembagaan Malaysia jelas PM hanya boleh dilantik dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. 

Yang takut dengan bayangan DAP hanya mainan pemimpin-pemimpin politik yang berebut kuasa politik sahaja. 

DAP tidak rampas Tanah Melayu. Depa tidak caci maki bangsa dan agama kita. DAP tidak curi duit rakyat atau pecah amanah. Tonggak kekuatan orang Cina, "Ekonomi dan Cina, berpisah tiada".

Dalam diam DAP takut dengan orang Melayu. Tidak berani langgar lintasan merah. Orang Melayu ada sikap "amuk". Takut berulangnya tragedi 13 Mei, 1969.

Orang Melayu harus terima hakikat dan fakta ini semua. Bijak sikit menilai hal politik. Jangan terikut membabi buta. 

Bersyukurlah kerajaan sekarang kukuh. Ekonomi pesat dengan nilai mata wang makin kukuh. UMNO parti Melayu pun tidak sanggup tinggalkan kerajaan... 😅🤣

Jangan ingat jika PN atau Muafakat Nasional perintah negara dan singkir orang Cina, negara akan lebih maju... 

Entah-entah...1MDB 2.0 makin mudah berlaku habis duit rakyat disakau... 😭


Adaptasi dari sebuah pandangan Tuan Haji Mohd Ariffudin Hasnan, lebih mesra dengan panggilan Ahli Fikir dari Kulim yang dikongsi bersama Permadu Malaysia hari ini dalam satu perbualan santai. Beliau merupakan pakar pembangunan sumber manusia yang berkredibiliti tinggi dan berpengalaman luas.

Beliau adalah orang Melayu beragama Islam yang sangat menyayangi bangsa Melayu dan agama Islam, sambil melihat perkembangan politik Malaysia dari perspektif berbeza.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim