PAS anggap Anthony Loke kantoi isu ejen JPJ


Takkan ejen "bermasalah kewangan" nak kerja percuma

Kenyataan Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook (gambar, atas sekali) bahawa syarikat ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menerima sebarang bayaran, komisen atau keuntungan disifatkan sebagai mengelirukan dan bercanggah dengan fakta sedia ada.

Seperti dilapor portal berita rasmi PAS Harakahdaily semalam, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff (gambar, atas) berkata, dakwaan tersebut ‘kantoi’ apabila semakan dokumen rasmi kerajaan menunjukkan ejen sedia ada mengenakan caj perkhidmatan.

Beliau merujuk kepada dokumen ‘Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2025’ yang diterbitkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Dalam dokumen itu, jelas dinyatakan Pos Malaysia dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2.00 untuk transaksi di kaunter dan RM0.50 untuk transaksi secara atas talian.

“Kalau Pos Malaysia kenakan caj, takkan Rider Gate Sdn Bhd tak kenakan caj? Dah kenapa Anthony Loke kata tiada?” soalnya.

Menurut Nurul Islam, adalah tidak logik bagi sebuah syarikat swasta beroperasi tanpa sebarang keuntungan sedangkan entiti seperti Pos Malaysia pun mengenakan caj perkhidmatan yang ditanggung oleh pengguna atau kerajaan.

Justeru, beliau mendesak Anthony Loke supaya berhenti berdolak-dalih dan segera mendedahkan surat lantikan serta perjanjian antara JPJ dan syarikat Rider Gate Sdn Bhd untuk dinilai sendiri oleh rakyat.

“Anthony Loke kena jawab kenapa dia kata macam itu (tiada caj). Atau nak mudah, dedahkan sahaja perjanjian tersebut.

“Boleh tak berhenti ‘pusing-pusing’. Rakyat nak tahu kenapa syarikat yang didakwa bermasalah kewangan dilantik sebagai ejen kutipan JPJ? Malulah ‘kantoi’ macam ini,” tegasnya. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim