Kamal Engineering lapor polis, beritahu Malaysiakini mereka tak pernah mohon projek yang disokong surat bekas Setiausaha Politik Kanan PM


Kejutan jalan cerita sebuah drama

Portal berita lantang Malaysiakini hari ini mendakwa mereka diberitahu sebuah syarikat kejuruteraan yang menafikan ada memohon projek seperti yang disokong melalui surat dari Pejabat Perdana Menteri.

Syarikat berkenaan, Kamal Engineering difahamkan telah membuat laporan polis dan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkaitan dakwaan penglibatan mereka.

Sebelum itu, portal lantang itu, merujuk kepada hantaran di media sosial, melaporkan bekas Menteri Ekonomi yang dilihat sebagai menteri kanan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan apa yang dinamakannya sebagai plot twist (kejutan jalan cerita) dalam isu ‘surat sokongan’ bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Rafizi berkata, Kamal Engineering–salah satu daripada enam syarikat yang namanya dimajukan kepada pihak menteri kesihatan–sebenarnya tidak pernah pun membuat permohonan prakelayakan.

“Jika Kamal Engineering tidak terlibat pun dalam projek itu, bagaimana dan siapa yang pandai-pandai guna nama syarikat hingga sampai ke Pejabat Perdana Menteri?

Kesalahan jenayah

“Ia adalah satu kesalahan jenayah, menyalahgunakan nama orang atau syarikat tanpa kebenaran mereka.

“Satu lagi kemungkinan ialah syarikat Kamal Engineering jadi kambing hitam yang namanya diselitkan sebagai dummy dalam surat sokongan itu tanpa pengetahuan mereka,” katanya yang mendakwa dimaklumkan oleh syarikat itu, yang menghubunginya.

Terdahulu, Shamsul dan pegawai kanan di Kementerian Kewangan masing-masing dikaitkan dengan dakwaan mengeluarkan surat sokongan bagi syarikat yang tular di media sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia sudah menjelaskan bahawa dirinya menolak amalan surat sokongan.

Bagaimanapun, dia menegaskan surat yang sekadar dikemukakan untuk pertimbangan tidak membawa maksud menyokong kelulusan projek.

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, Rafizi berkata Kamal Engineering telah membuat laporan polis dan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkaitan dakwaan penglibatan mereka.

Sementara itu, Rafizi berkata apa yang berlaku menimbulkan persoalan lebih besar.

“Saya harap pihak polis ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

'Apa yang Datuk Seri (Rafizi) beritahu itu betul’

Sementara itu, seorang jurucakap Kamal Engineering ketika dihubungi portal berita itu mengesahkan maklumat yang dikongsi Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Bagaimanapun, syarikat terbabit enggan mengulas lanjut.

“Apa yang Datuk Seri beritahu itu betul. Memang Kamal Engineering tak terlibat,” katanya ringkas hari ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim