Bukan tunjuk taring, DAP cuba imbangi antara kestabilan politik dan sedapkan hati akar umbi

Menyalahkan Encik Anthony Loke Siew Fook mengugut Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak wajar kerana DAP juga seperti parti politik yang lain.

Parti yang hampir rabak itu perlu meyakinkan ahli akar umbi dan pengundi masyarakat Cina bahawa DAP yang dulu adalah DAP yang sekarang.

Lagipun, apa yang dinyatakan Loke adalah bertanggungjawab dan selari dengan aspirasi masyarakat Malaysia.

Mereka hanya meminta perubahan mesti dilakukan dalam tempoh enam bulan. Mereka tidak kata akan keluar dari Pakatan Harapan (PH). Loke hanya kata akan keluar dari kabinet serta masih menyokong Anwar dan Madani.

Jika tiada perubahan, PH, Barisan Nasional (BN) dan sekutu lain dalam kerajaan Madani di Semenanjung dijangka akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Silap-silap, Anwar sendiri akan kecundang di kerusi Parlimen yang ditandinginya. Seperti nasib yang menimpa anaknya di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Jika dah kalah, macam mana hendak jadi perdana menteri?

Mana tidaknya. Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri atas ihsan kerajaan perpaduan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu. PH tiada kelayakan menubuhkan kerajaan tanpa terbentuknya kerajaan perpaduan.

Jika ini masih dianggap mengugut, memang patut pun Anwar dan PKR diugut.

DAP sudah sampai ke peringkat do or die.

Bukan semua akan setuju bahawa pendekatan ugutan tidak sepatutnya digunakan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) susulan kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, khususnya apabila tuntutan yang dikemukakan tidak dipenuhi.

Hassan (tengah) menyampaikan bantuan kepada Korperal Abdul Halim Nasir, anggota Balai Polis Permas Jaya yang terlibat dalam kemalangan di kediamannya di Bandar Seri Alam hari ini, Isnin 15 Disember 2025.


Seperti dilapor Sinar Harian hari ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim menegaskan, tindakan sedemikian adalah satu kesilapan besar dan tidak wajar apabila DAP tewas dalam PRN tersebut lalu menyalahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atau PKR.

“DAP jangan tunjuk taring, jangan pamer kuku. Kita masih saling memerlukan dalam PH. Tidak manis ugut-ugut walaupun disampaikan dengan bahasa yang lembut.

“DAP adalah sebahagian daripada kerajaan dan turut berada dalam Kabinet. Menteri bukan hanya daripada PKR, UMNO dan Warisan juga ada, begitu juga DAP. Kebetulan Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jika berlaku kekalahan, ia tanggungjawab bersama. Jangan kalah di Sabah lalu menyalahkan Perdana Menteri. Itu tidak adil. PKR juga kalah, jadi jangan cari alasan untuk keluar PH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas menyampaikan bantuan kepada Korperal Abdul Halim Nasir Abd Jamil, anggota Balai Polis Permas Jaya yang terlibat dalam kemalangan, di kediamannya di Bandar Seri Alam, di Padir Gudang pada Isnin.

Hassan turut mengingatkan DAP supaya tidak memperlakukan PH seperti peribahasa ‘habis madu sepah dibuang’ dengan meninggalkan gabungan itu selepas meramalkan PH sukar menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Menurutnya, DAP mempunyai rekod pernah beberapa kali keluar daripada gabungan politik bersama PKR dan parti lain sebelum ini apabila gabungan tersebut gagal membentuk kerajaan.

"Sebagai contoh, ketika DAP bergabung dengan Semangat 46 dan parti pembangkang lain dalam Gagasan Rakyat pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, kedua-duanya kalah dan DAP meninggalkan gabungan tersebut.

“Itu kali pertama DAP keluar dan meninggalkan Tunku Razaleigh Hamzah (Presiden Semangat 46). Kali kedua ketika Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan semasa Anwar dipenjarakan pada 1998. Apabila tidak menang dalam pilihan raya 1999 dan 2004, DAP keluar BA, manakala PKR kekal,” katanya.

Beliau menambah, pada pilihan raya 2008 pembangkang menang besar di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor, dan sehingga 2013 Pakatan Rakyat masih wujud, namun gagal membentuk kerajaan Persekutuan.

“Selepas itu DAP keluar Pakatan Rakyat sebelum parti-parti pembangkang menubuhkan PH pada 2015. DAP menyertai PH apabila melihat peluang untuk menang.

“Mula-mula bergaduh dengan Semangat 46, kemudian berselisih dengan Pas. Pada 2018, apabila nampak peluang, DAP menyertai kerajaan dan Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

“Pada 2022, sekali lagi melihat peluang dan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi sekarang mungkin melihat PRU16 sukar dimenangi, lalu mahu meninggalkan PH. Orang Melayu kata, habis madu sepah dibuang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan DAP supaya tidak membuat kesilapan besar dengan meninggalkan PH.

“Kita tidak akan lupa, sepanjang bersama-sama daripada BA hingga PH. Sekarang parti yang tulen dalam PH ialah PKR. Kalau nak jadi kerajaan yang berbilang kaum mesti bersama-sama PH dan PKR.

“Kalau DAP salah tangani isu ini, jangan salah nanti kekuasaan negara ini dikuasai gabungan parti-parti Melayu keseluruhannya dan DAP akan jadi pembangkang, tiada peranan apa-apa,” katanya.

Justeru kata beliau, sekiranya tidak mahu itu berlaku, DAP perlu bersama-sama PKR menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat dan bukan dengan ugutan.

Dalam PRN Sabah yang berlangsung 29 November lalu, PH mengalami kekalahan teruk apabila memenangi hanya satu kerusi di sebalik pelbagai strategi dan kerjasama yang dijalin dengan parti lain.

Satu-satunya kerusi yang dimenangi PH ialah Melalap melalui calon PKR, Jamawi Ja'afar. DAP pula kalah di semua lapan kerusi yang ditandingi.

Reaksi segera yang ditunjukkan DAP hasil keputusan di Sabah itu antara lain ialah memberi kata dua kepada kerajaan pimpinan Pengerusi PH, Anwar agar segera melaksanakan pembaharuan institusi.

DAP memberikan tempoh enam bulan kepada Putrajaya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, jika sehingga tarikh akhir itu perubahan yang dituntut tidak dipenuhi, parti itu akan mempertimbangkan semula kedudukannya dalam Kabinet, namun tetap terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim