Ahli Parlimen JB naik pangkat, kini Menteri Ekonomi

Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar, atas), bekas ketua cabang PKR Johor Bahru yang ditumbangkan dari jawatan itu oleh calon muda yang langsung tidak dikenali, melangkah setapak lagi dalam kerjaya politiknya apabila mendapat kepercayaan presiden PKR yang juga perdana menteri, dinaikkan pangkat dari timbalan menteri kepada menteri penuh.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu pernah mencipta rekod menewaskan penyandang dari UMNO Tan Sri Shahrir Samad dalam PRU14 pada 9 Mei 2018. Shahrir merupakan bekas pengerusi FELDA yang sarat dengan kontroversi di bawah perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tewas dengan teruk dan memalukan, umpama menerima pukulan KO dengan majoriti yang sangat besar.

Ada andaian segera menyatakan kenaikan pangkat ini bermotif politik dalam usaha presiden PKR untuk menjinakkannya dari pendahulunya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Akmal dikenali sebagai orang kuat kepada bekas timbalan presiden PKR itu.

Rafizi, juga popular dengan jolokan Pakar Formula, melepaskan jawatan Menteri Ekonomi, semakin lantang mengkritik kerajaan Madani, dilihat sebagai pesaing terdekat berpotensi untuk merampas jawatan presiden PKR.

Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan hampir serentak melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan jemaah pentadbiran Kerajaan Madani yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

“Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan,” katanya.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen, serta pada platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menteri

Hannah Yeoh - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Mustafa Sakmud - Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak

Zulkifli Hasan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Johari Ghani - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Steven Sim - Menteri Usahawan dan Koperasi

Akmal Nasrullah Mohd Nasir - Menteri Ekonomi

Mohammed Taufiq Johari - Menteri Belia dan Sukan

Arthur Joseph Kurup - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Noraini Ahmad - Menteri Perladangan dan Komoditi

R Ramanan - Menteri Sumber Manusia

Timbalan Menteri

Liew Chin Tong - Timbalan Menteri Kewangan

Marhamah Rosli - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Mohamad Alamin - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Lo Su Fui - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

Adam Adli Abd Halim - Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

Chan Fong Hin - Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Lim Hui Ying - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Lukanisman Awang Sauni - Timbalan Menteri Luar Negeri

Yuneswaran Ramaraj - Timbalan Menteri Perpaduan Negara

Mordi Bimol - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Hanifah Hajar Taib - Timbalan Menteri Kesihatan

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim