Suami orang, isteri orang berkhalwat guna taktik buka TV dengan bunyi sangat kuat hingga didengari di luar bilik hotel

Tangkap layar gambar seorang lelaki dan wanita ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Kluang, Johor, pada Selasa, 18 November 2025.

Macam-macam taktik digunakan untuk mengelak dari disyaki, termasuk memakai pelitup muka supaya kurang dikenali

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mencekup pasangan rakan sekerja yang merupakan seorang lelaki dan isteri orang selepas didapati berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, lapor MalaysiaGazette pada Rabu, 19 November 2025.

JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan dilakukan pukul 10 pagi dan ketika itu televisyen dibuka dengan kuat hingga boleh didengari dari luar pintu bilik.

“Pintu diketuk dan dibuka lebih 5 minit kemudian oleh seorang lelaki berpakaian seluar jean dan t-shirt. Pintu cuba dikatup semula apabila mengetahui yang datang itu penguat kuasa.

“Penguat kuasa menolak pintu dan masuk ke dalam bilik. Penguat kuasa tutup televisyen sebelum mendapati tingkap terbuka, pemeriksaan dilakukan bagi memastikan tiada yang cuba melarikan diri menerusi tingkap tersebut.

Keadaan katil dan selimut dalam bilik berselerak

“Dalam bilik tersebut didapati ada dua bungkus nasi lemak belum dimakan dan kopi panas. Keadaan katil dan selimut dalam bilik tersebut berselerak,” menurut kenyataan tersebut.

Penguat kuasa ketuk pintu bilik mandi, menjerit kuat, dipujuk pasangan, baru perempuan buka pintu

JAINJ memaklumkan, pemeriksaan di pintu bilik mandi mendapati berkunci dan disyaki ada orang di dalam sebelum penguat kuasa ketuk dan menjerit kuat meminta keluar tetapi masih tidak dibuka.

“Lelaki itu pujuk dan minta pintu itu dibuka, barulah wanita di dalam itu keluar dengan berpakaian t-shirt, seluar panjang serta kain menutup kepala,” jelas JAINJ.

Jelas JAINJ, apabila ditanya hubungan mereka, suspek lelaki mendakwa wanita tersebut adik angkatnya sekali gus mengesahkan bahawa mereka bukan mahram dan bukan suami isteri.

Siasatan mendapati lelaki berkenaan berusia 50-an, berstatus suami orang dan ada anak manakala wanita pula berumur 30-an adalah isteri orang dan ada anak.

“Beza umur mereka 18 tahun.Kedua-duanya dari daerah lain yang tidak berapa jauh dengan Kluang. Pasangan ini satu tempat kerja dan kenal suami dan isteri pasangan masing-masing,” jelas kenyataan tersebut lagi.

Tambah kenyataan itu, hubungan mereka di pejabat berjalan seperti biasa dan tiada rakan sekerja yang mengesyaki mereka mempunyai skandal.

“Semasa tangkapan, lelaki dan wanita ambil cuti rehat. Suami wanita tak tahu isterinya cuti sebab nampak pergi kerja macam biasa. Lelaki pula cuti ke tak cuti, isteri tak tanya.

Sewa bilik hotel 4 jam dari 8 pagi hingga 12 tengahari

“Mereka masuk bilik hotel pukul 8 pagi dan akan keluar pukul 12 tengah hari, pada hari yang sama,” menurut JAINJ.

Pasangan itu ditangkap atas kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise