Fauzi Abdul Kadir's Permadu Media's official blog.
Permadu is a brand of business and this blog is financed by Permadu Harmony Bersepadu.
Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
Shamsul Iskandar letak jawatan selepas Tei dakwa beri RM629,000
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Jangan sampai Shamsul terpaksa dikejarkan ke hospital
Malaysiakini sebentar tadi melaporkan ahli perniagaan Encik Albert Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, membongkar maklumat mengejutkan beberapa hari sebelum pilihan raya negeri.
Dia kini mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, dalam skandal perlombongan itu.
Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.
Menurut Tei, dia telah menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit, untuk menguatkan dakwaannya.
Antara lain, dia mendakwa membayar untuk pengubahsuaian, perkakas dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar, Kuala Lumpur dan kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.
Senarai itu didakwa meliputi perabot kulit, meja makan, sistem hiburan rumah (home theatre), mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.
Tei juga memberikan gambar “sebelum dan selepas” pelbagai bilik di rumah didiaminya di Putrajaya, yang menunjukkan perabot, katil, lampu, dan langsir yang dinaik taraf.
Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik itu.
Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.
Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023, di mana Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.
Tei mendakwa dia juga mempunyai bukti wang tunai bertukar tangan: RM20,000 (8 November 2023 di Kota Kinabalu), RM100,000 di Kuala Lumpur (24 November 2023), RM100,000 di Bukit Puchong (15 Disember 2023), RM50,000 di Kuala Lumpur (22 Januari 2024), RM50,000 di Kuala Lumpur (26 April 2024), dan USD$6,000 di Kuala Lumpur (3 Oktober 2024).
Dalam kenyataan, Tei mendakwa dia diperkenalkan dengan Shamsul oleh seorang wanita, yang didakwanya sebagai proksinya.
Pertemuan pertama mereka didakwa berlaku pada 8 November 2023, kira-kira jam 10 malam di kedai cerut Jesselton Cigaro di Kota Kinabalu.
Dia juga mendakwa memiliki bukti yang menguatkan dakwaan bahawa wanita yang disebutkan itu bertindak bagi pihak Shamsul.
Sejak November lepas, Tei mendedahkan rentetan video, dokumen, dan tangkapan skrin WhatsApp yang mengaitkan lebih daripada sedozen ahli politik GRS dalam skandal itu, menuduh mereka menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.
Tei dan dua anggota Dewan Undangan Negeri kemudian didakwa di mahkamah.
Pengerusi GRS dan ketua menteri sementara Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menuduh Tei menjadi sebahagian daripada kartel yang bertujuan memonopoli perlombongan di negeri itu.
Sementara itu, Astro Awani melaporkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari ini.
Shamsul menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Malah beliau turut mendakwa terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej kerajaan MADANI.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini… Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya menerusi hantaran di X.
Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menulis surat sokongan untuk projek pembinaan sebuah hospital pada 2024.
Rafizi turut mendesak agar Shamsul dipecat daripada jawatan kanan dalam pejabat Perdana Menteri.
Pada 21 November Anwar berkata tiada keperluan bagi pihaknya untuk membuat laporan terhadap tindakan setiausaha politik beliau yang telah diberikan teguran tempoh hari.
Anwar sebelum itu mengesahkan telah memberi teguran yang keras ke atas setiausaha politiknya kerana surat sokongan merupakan hal yang bertentangan dengan peraturan.
Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengangkat sumpah selaku Setiausaha Politik Perdana Menteri pada 23 Disember 2022.
Sumber berita dari Malaysiakini dan Astro Awani siaran hari ini.
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Ramai sangat yang bercakap bagi pihak Sultan Pahang. Entah ya entah tidak. Biar Sultan Pahang sendiri yang bertitah memperjelas perkara sebenar. Mencampur aduk politik dan sistem perundangan sangat merbahaya dan boleh menghancurkan negara selain menghakis keyakinan rakyat terhadap pemerintah. Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan terus berlaku. Sudah menjadi rahsia terbuka, persepsi rakyat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes prima facie melibatkan 47 pertuduhan melalui DNAA. Pada masa sama, Anwar kata dia tidak pernah campur perihal sistem kehakiman di negara ini. Rakyat berhak untuk mempercayainya atau sebaliknya. Adakah hanya musuh politik yang kena itu satu kebetulan? Apapun, janganlah kita hanya pandai menyalahkan Anwar sahaja kerana hampir semua perdana menteri terdahulu melakukan perkara yang serupa. Terbaharu, isu titah addendum yang menjurus bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini se...
While Malaysian prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is on an official visit to Italy, Spain and Brazil to attend the BRICS summit, his own Peoples’ Justice Party (PKR) is in rapid collapse at home. News is emerging from chat groups and pundits there are mass branch resignations of members across more than 200 branches nationwide. Some branches just don’t exist anymore. The party vote for deputy president, where Puan Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim’s daughter challenged incumbent Rafizi Ramli, who was minister of economy until he resigned a few weeks ago showed that some 16,000 members out of 30,000 eligible, did not even bother to vote in this nationally publicized dual. This just indicates the level of apathy within PKR itself, with such an important event for the future of the party. PKR has gradually been losing electoral support since 2013. In the 2014 general election PKR received 20.39 percent of the national aggregate vote, and in 2022 PKR only received 15.72 percent of the...
Di waktu diberitakan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima rawatan di sebuah hospital semalam, selepas pengsan dan tidak sedar, timbul pula pengedaran aktif banyak kali berita seperti di atas di media sosial menerusi platform WhatsApp. Ismail Sabri dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada tengah malam kelmarin. Gambar fail BERNAMA Tidak mustahil ada pihak sengaja memprovokasi dan mengeksploitasi perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu dengan kisah yang memperlihatkan ciri-ciri amalan rasuah. Namun bukan juga ini bermakna berita itu tidak benar. Mungkin juga ia benar-benar berlaku. Timbul juga tanda tanya, sebagai ahli parlimen biasa, adakah beliau masih mempunyai setiausaha politik? Kita tunggu maklum balas dari pihak berkenaan serta laporan rasmi dari media selepas ini. Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya. Terdahulu, media melaporkan Ismail ...
Dua tokoh parti politik yang sukar dipisahkan dari imej rasuah , semakin panas bertelagah Rentak Madani 🎵 Akhbar Sinar Harian melaporkan semalam bahawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya berdepan dengannya sama ada di mahkamah ataupun di gelanggang, berikutan tuduhan kononnya beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri. Amaran itu dibuat selepas Lokman secara terbuka menggelar beliau sebagai ‘Ketua Pemuda H20’ dalam satu wawancara bersama sebuah platform baru-baru ini. Menurut Muhamad Akmal, Lokman kini mempunyai dua pilihan, sama ada menjawab saman beliau di mahkamah ataupun bertemu di gelanggang bagi menyelesaikan isu berkenaan. “Kamu ada dua pilihan. Pilihan pertama, kita lawan di mahkamah. Aku saman kamu," cabar Akmal. Lokman berpendapat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menggunakan kelebih...
ADA UNSUR PREJUDIS DALAM TULISAN FAISAL TEHRANI, SECARA JELAS MERUJUK KEPADA MUFTI PERLIS, DR MAZA WALAUPUN TIDAK MENYEBUT NAMA Motif "menculik dengan niat membunuh" dan menggunakan anggota keselamatan negara atas bidang kuasa mufti didorong keyakinan serta ketaksuban fahaman Wahabi dan Salafi yang berpusat di Arab Saudi, dengan pemikiran hanya aliran fahaman mereka sahaja yang betul. Namun, pandangan Faisal Tehrani tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Prof. Bersekutu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, secara komersial dikenali sebagai Dr. Maza, pendakwah Salafi, penulis, pensyarah dan pemikir/perunding agama Islam dari Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua sejak 2 Februari, 2015. Tempoh pertama beliau sebagai mufti Perlis dari 2006 hingga 2008. MISTERI kehilangan yang dipercayai diculik dengan niat untuk membunuh Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh dan tiga lagi personalìti berkaitan agama Islam dan Kristian masih menunggu jawapan pasti. ...
BEGITULAH RESAM DUNIA Mereka membisu dipercayai untuk menyelamatkan diri masing-masing. Adakah dia menjadi kambing hitam Kumpulan Tebuk Atap para individu pelbagai parti? Tunggulah PRU akan datang. Hassan Karim pun pernah berkata Ismail Sabri pemimpin hebat. Salah satu jasa dia ialah campur tangan beri pilihan kepada pengguna membayar tol di lebuh raya. Kalau tidak, semua orang kena beli dan pakai RFID. Selepas UMNO, Barisan Nasional (BN) pula tampil menegaskan bahawa parti gabungan itu tiada sebarang kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut laporan media. Seperti dilapor Malaysiakini , Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dia juga tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan mana-mana pihak cuba mengaitkan kes dihadapi bekas naib presiden UMNO itu . "(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN)...
What Mahathir expected did not happen Initially, Mahathir Mohamad thought his party – PPBM (Bersatu) – could morph into a new version of UMNO. After all, it was him who brilliantly destroyed the original UMNO in 1988 and created “UMNO Baru” (the current UMNO version 2.0). But unlike in 1988, Mr. Mahathir had quit UMNO to form PPBM on 8 September 2016, and was no longer in charge of UMNO. UMNO won four times higher than Bersatu in GE14 Hence, after he leveraged on opposition Pakatan Harapan and stunningly defeated the scandal-plagued Najib government, his first priority was recruiting UMNO MPs to join his party. UMNO, although lost miserably, still won 54 parliamentary seats in the May 2018 General Election – more than 4 times the number of seats Mahathir’s party managed to capture. PPBM the worst among four strategic parties Mahathir’s party won only 13 seats out of the 52 Parliamentary seats it contested in the 2018 poll. That’s ...
23-year-old university student claimed she was asked to transfer RM5 to an immigration officer's personal bank account when she collected her new passport, despite having already paid the renewal fee online. NSTP FILE PICTURE Immigration Department should not force people to buy the passport plastic protective cover A 23-year-old university student has alleged that an immigration officer in Johor Bahru asked her to transfer RM5 to a personal bank account after she collected her renewed passport, despite already paying the required renewal fee online, New Straits Times reported on Saturday 30 November 2024. The student, who requested anonymity, said she received an email from the immigration department on 26 November 2024 , notifying her that her passport was ready for collection at the Urban Transformation Centre (UTC) in Galleri@Kotaraya. When she arrived, a female immigration officer handed her the passport and requested an additional RM5 payment. Surprised by the unexpect...
HEAVY DUTY FOR THE GOVERNMENT TO CONVINCE OTHERWISE When Malaysian Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said his government would focus on recovering money lost to corruption, rather than prosecuting the corrupt, “VVIPs” rejoiced. Anwar confirmed that “(I) have no interest in jailing people” and thus if one gets court, there will be a process to come to an agreement on how much to return to the government, that's what the Australian Prof Dr Murray Hunter said in his article published in his blog on Wednesday, 10 September 2025. The former Malaysian government university senior lecturer in Perlis further said that the announcement has effectively encouraged those in positions of authority to deceive, misappropriate, money launder, abuse power, or just steal public funds without any fear of incarceration. "In effect, Malaysia is a gangster’s paradise, at least for “VVIPs”. The more influential you are, the less chance of any punitive action against you. "Corruption is ...
Comments
Post a Comment