Selain Allah, hanya yang terlibat tahu Amri masih hidup atau sudah mati (dibunuh?)

Kerajaan, PDRM juga diperintah bayar RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat

Semalam, Rabu 5 November 2025, akhbar Sinar Harian melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Encik Amri Che Mat berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu.

Perintah tersebut meliputi ganti rugi am dan teruk berjumlah RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52 kepada Puan Noorhayati Mohd Ariffin.

Selain itu, defendan turut diarahkan membayar kos sebanyak RM250,000.

Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri.

Beliau turut memerintahkan pihak polis membuka semula siasatan berhubung kehilangan tersebut dan melaporkan perkembangan kes kepada Peguam Negara setiap dua bulan.

ADVERTISEMENT 

Ketika membacakan penghakiman selama hampir dua jam, hakim berkata, pihak berkuasa selaku defendan didapati gagal menunjukkan usaha sewajarnya dalam memaklumkan keluarga Amri mengenai perkembangan siasatan.

“Pihak berkuasa juga telah melanggar hak Noorhayati kerana gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kehilangan Amri.

“Ia sepatutnya diklasifikasikan sebagai kes penculikan dan bukannya orang hilang,” katanya.

Pada 18 November 2019, Noorhayati selaku plaintif memfailkan saman terhadap 21 pihak, namun pada tarikh ini, senarai defendan dikurangkan kepada enam, termasuk kerajaan dan pihak polis.

Untuk rekod, Amri Che Mat dilaporkan hilang pada 24 November 2016 di Kangar, Perlis.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise