Malaysia tempat "para pendusta berkuasa", kata Zaid Ibrahim

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan kejadian semalam, di mana perjuangan seorang wanita beragama Hindu, anaknya dilarikan suami yang memeluk agama Islam selama lebih satu setengah dekad, sebagai satu kegagalan keadilan.

“Indira, saya telah mengikuti dan menyokong kes kamu sejak 2009, dan dukacita saya maklumkan bahawa kita telah kalah,” katanya dalam satu hantaran di X malam tadi.

Dakwa Zaid lagi, seperti dilapor portal berita Malaysiakini, negara ini bukanlah tempat keadilan diperjuangkan sebaliknya tempat “para pendusta berkuasa”.

“Hanya kerajaan yang percaya kepada keadilan mampu mencari penyelesaian, tetapi kita tidak mempunyai kerajaan sedemikian,” tambahnya.

Zaid turut hadir dan berucap pada perhimpunan di luar Sogo semalam bersama Kulasegaran, peguam Datuk S Ambiga dan aktivis Puan Marina Mahathir.

Dalam ucapan ringkasnya Zaid turut menyuarakan keraguannya terhadap sistem keadilan yang ada dan menganggap isu antara ibu dan anak atau masalah keluarga dilihat penting.

“Ia tidak dilihat sebagai isu adat, tetapi sebagai isu agama. Kes Indira bukan yang terakhir. Akan ada lebih banyak lagi,” katanya dihadapan lebih 200 peserta semalam.

Sementara itu Zaid turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri undang-undang dan menteri agama untuk mewujudkan “sistem baru keadilan” berhubung perpisahan antara pasangan berlainan agama dan perebutan hak penjagaan.

“Jika kamu tidak dapat menyelesaikan kesedihan seorang ibu selepas 16 tahun, maka saya harap perdana menteri memanggil kedua-dua menteri ini. Jika mereka tidak berguna, lantik menteri lain.

“Tetapi jika kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah ini, maka kamu patut meletak jawatan,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Encik M Kulasegaran berikrar akan terus berjuang untuk Puan M Indira Gandhi tanpa menghiraukan halangan yang bakal mendatang.

Ia susulan kegagalan wanita terbabit untuk bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ismail di luar Bukit Aman semalam bagi menyerahkan anak patung beruang milik anaknya yang telah lama hilang, bernama Prasana Diksa, sebagai simbolik.

Semalam, peserta himpunan menunggu hampir empat jam dan hanya beredar selepas Kulasegaran memberi jaminan bahawa dia akan berusaha mengatur pertemuan di antara Indira dan Khalid dalam masa beberapa minggu akan datang.

Bercakap kepada portal yang lantang itu hari ini, Kulasegaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat dipetik sebagai berkata dia akan terus berusaha memastikan Indira dapat bertemu dengan Prasana, yang dilarikan oleh bekas suami wanita terbabit kira-kira 16 tahun lalu.

“Teruskan (perjuangan) ini. Saya adalah peguam yang memulakan kes ini pada 2009. Saya berpegang teguh kepada perjuangan ini dan saya percaya akan ada penyelesaian muktamad.

“Saya masih berkomunikasi dengan IGP (Khalid) dan saya akan kembali (dengan jawapan),” katanya.

Mengulas kemungkinan pertemuan dengan Khalid kelak akan diadakan tanpa penglibatan Indira, Kulasegaran berkata, masih terlalu awal untuk menentukan perkara itu.

“Belum tahu, saya tak tahu apa aturannya nanti. Masih terlalu awal untuk spekulasi. tetapi saya harap (dapat mengatur pertemuan itu) dalam dua atau tiga minggu lagi,” tambahnya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise