Kalau di China atau Israel, Nga Kor Ming mungkin sudah hilang macam Pastor Koh dan Amri Che Mat


Nga Kor Ming boleh didakwa serang perlembagaan, kata bekas CEO Prasarana

Portal berita lidah rasmi Parti Islam Se-Malaysia Harakahdaily semalam berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming boleh didakwa di mahkamah ekoran pertikaiannya dalam kejadian mengugut seorang wartawan secara terbuka baru-baru ini.

Ini berdasarkan rujukan portal itu daripada kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datuk Ridza Abdoh Salleh, yang menyifatkan ‘ledakan’ kemarahan menteri itu bukan sahaja menyinggung wartawan, tetapi juga komuniti, orang ramai dan negara.

Ridza berkata, apabila berada dalam kedudukan berkuasa, seseorang itu mesti lebih berhati-hati kerana ia membawa risiko dan kesan yang besar kepada masyarakat.

Menurut Ridza lagi, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia yang diletakkan di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan.

​Justeru, beliau menyifatkan tindakan Kor Ming itu sebagai serangan langsung bukan sahaja terhadap wartawan, tetapi juga terhadap Perlembagaan Persekutuan serta Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Ini boleh menjejaskan imej parti dan komuniti yang diwakilinya, atas dasar itu, Nga Kor Ming boleh didakwa di mahkamah. Ini adalah jenayah yang sangat serius yang boleh memberi kesan kepada keluarga dan partinya,” katanya.

Datuk Ridza turut membandingkan situasi itu jika berlaku di luar negara.

“Bayangkan jika menteri itu mengeluarkan kata-kata serupa di Beijing menentang bahasa Mandarin atau di Israel. Saya rasa beliau tidak akan dapat ditemui di muka bumi ini lagi,” ujarnya.

ADVERTISEMENT 

Tambah Ridza, insiden itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua individu yang memegang jawatan berkuasa, termasuk ketua jabatan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat korporat.

“Apabila berada di kedudukan berkuasa, anda tidak lagi mewakili diri anda sendiri. Anda mewakili syarikat, rakan-rakan, keluarga, persatuan, dan lain-lain. Kata-kata anda di khalayak ramai membawa makna dan impak yang lebih besar.

“Jadi, jaga kata-kata anda… Anda bukan lagi Nga Kor Ming yang anda fikirkan. Anda mewakili parti anda, kerajaan anda, dan sebagainya,” tegasnya.

Terdahulu, Kor Ming dilaporkan mempertahankan tindakannya menegur seorang wartawan ketika pelancaran projek ‘I Lite U’ sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Rabu lalu.

​Memetik laporan Oriental Daily News, Kor Ming menegaskan bahawa interaksi antara wartawan dan individu yang ditemu bual haruslah bersifat dua hala yang mana kedua-dua pihak mempunyai hak masing-masing.

Bagaimanapun, pada 2 November, Kor Ming dalam hantaran di Facebook rasminya memohon maaf kepada pihak media.

”Berkaitan dengan kekhilafan di program pencahayaan Bukit Bintang Kuala Lumpur, saya menerima dengan hati terbuka segala teguran sekiranya ada rakan-rakan media yang terkilan dengan kata-kata itu.

“Saya tarik balik dan mohon maaf supaya kita dapat fokus untuk memastikan martabat negara,” kata Menteri daripada DAP tersebut yang susulan itu pihak kementeriannya, mengadakan Sesi Kudapan Pagi bersama wakil media, 3 November lalu. 

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise