Kalau Azam Baki dan SPRM ada konflik kepentingan, maka Ayob Khan dan PDRM lebih sesuai siasat

Merujuk kepada satu hantaran di media sosial, portal berita Malaysiakini semalam menyimpulkan bahawa PAS berpendapat Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi wajar terlibat dalam siasatan berhubung kes yang didedahkan ahli perniagaan, Encik Albert Tei.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Encik Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian kerana nama pemimpin tertinggi agensi anti rasuah tersebut, Tan Sri Azam Baki, disebut dalam klip video terbaru yang dimuat naik semalam.

Walaupun tidak ada kepastian mengenai dakwaan yang terkandung dalam klip berkenaan, Ahmad Fadhli berkata, Azam serta SPRM dirasakan tidak lagi wajar menjalankan siasatan.

"Seperti yang saya jangkakan semalam, video ini (perbualan Tei dengan seorang wanita) rupa-rupanya ada sambungan. Melintas pula di Facebook saya.

"Kali ini nama Tan Sri Azam Baki disebut. Benar atau tidak kandungan video ini saya pun tiada maklumat.

"Tetapi saya berpandangan sewajarnya Tan Sri Azam dan SPRM tidak lagi terlibat sebagai penyiasat dalam kes ini," katanya dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu, sebuah video tular memaparkan seorang wanita — dengan wajah dikaburkan — mendakwa Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin telah bertemu Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk menyelesaikan kes yang melibatkan ahli perniagaan Albert Tei.

Video itu bagaimanapun tidak menyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut didakwa berlangsung.

“Dia (Shamsul) sendiri yang minta kalau boleh ringankan kes kamu, kalau boleh cuba selesaikan sebaik mungkin. Jangan sampai perkara itu berlarut-larut sampai banyak-banyak. Dia tak nak,” kata wanita yang didakwa sebagai proksi Shamsul itu, merujuk kepada skandal perlombongan di Sabah.

Wanita tersebut turut mendakwa Shamsul bertemu Azam kerana dia sendiri turut dikaitkan dengan isu skandal Sabah dan sebenarnya telah dipanggil oleh ketua SPRM itu.

“Dia (Shamsul) jumpa Azam Baki sebab dia pun terbabit.

“Dia cakap dengan saya. Dia cakap masa kes kamu dia pun kena panggil dengan Azam Baki. Dia cakap dengan Azam Baki memang dia ada tolong kamu untuk jumpa (ketua menteri sementara) Hajiji (Noor) apa semua. Dia bagi tahu untuk beritahu Hajiji, dia dengan Azam Baki pun baik bukan dia tak baik,” katanya.

Dalam perbualan yang sama, apabila Tei bertanya jika Shamsul memberitahu Azam bahawa rakaman berkaitan skandal Sabah itu “arahan PMX”, wanita itu menjawab: “Azam tahu”.

Terdahulu semalam, SPRM mengumumkan pihaknya akan memanggil kedua-dua Shamsul dan Tei untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan rasuah itu.

Kelmarin, Tei memberitahu portal berita itu bahawa dia telah membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul selepas mendakwa diyakinkan dia boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Antara lain, dia mendakwa membayar pengubahsuaian, peralatan dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar dan sebuah kediaman rasmi di Putrajaya.

Tei juga mendakwa membelanjakan ribuan ringgit untuk cerut premium dan menempah beberapa sut untuk pembantu politik itu serta menyerahkan salinan resit tukang jahit beserta ukuran badan.

Selain itu, Tei menunjukkan tangkap layar perbualan WhatsApp dari Disember 2023, yang didakwa menunjukkan Shamsul meminta wang semasa melancong ke luar negara.

Susulan dakwaan tersebut, Shamsul mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha politik Anwar. 

Shamsul juga telah membuat laporan polis terhadap Tei berhubung video mendakwa perdana menteri memberi lampu hijau untuk membuat rakaman rahsia itu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise