Hannah Yeoh perjelas peranan dan pendirian kerajaan berkaitan FAM

Media melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan tiada geran tambahan akan diberikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga badan itu menyelesaikan sepenuhnya isu pemain warisan.

Seperti dilapor Malaysiakini, menterinya, Puan Hannah Yeoh berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan integriti pengurusan sukan terjamin dan kepercayaan rakyat terhadap penggunaan dana awam dapat dipulihkan.

Menurut Yeoh, siasatan jawatankuasa bebas yang sedang dijalankan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tin Raus Sharif juga perlu disiapkan terlebih dahulu untuk mengenal pasti punca kegagalan pengurusan dokumen tujuh pemain warisan yang kini digantung selama 12 bulan oleh FIFA.

“Buat masa ini, kita tidak akan tambah geran kepada FAM. Mereka perlu menguruskan isu ini dengan baik dan meyakinkan rakyat bahawa setiap dana digunakan dengan akauntabiliti,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi KBS di Dewan Rakyat, hari ini.

Yeoh turut memaklumkan dana kerajaan bernilai RM15 juta yang diperuntukkan kepada pasukan Harimau Malaya dan skuad B-23 tidak boleh digunakan dalam rayuan FAM ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), memandangkan dana tersebut khusus untuk persiapan pasukan kebangsaan.

“Kerajaan Madani melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan sokongan kuat kepada pasukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia dan kita telah membelanjakan RM5 juta daripada geran tersebut buat kali pertama semasa Kim Pang Gon menjadi jurulatih. 

“Kedua, sebanyak RM15 juta sekarang untuk mereka yang layak ke Piala Asia dan Perdana Menteri juga telah mengusahakan sumbangan daripada pihak swasta sebanyak RM 15 juta, tambahan untuk FAM. 

“Jadi tak ada isu kerajaan tidak memberikan sokongan, malah saya rasa kerajaan telah melakukan lebih daripada yang sepatutnya untuk menyokong pasukan kebangsaan kita.

“Jadi, untuk makluman semua dana ini tidak boleh dan tidak dibenarkan untuk FAM gunakan bagi proses-proses rayuan ini. Jadi kalau FAM nak pergi ke CAS, FAM kena bersedia untuk menanggung belanja ke CAS,” tegasnya.

FAM sedang merayu sekatan tersebut di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), dengan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan menawarkan untuk menanggung kos bagi tujuan itu.

Terdahulu,FIFA mengumumkan akan memulakan siasatan mendalam terhadap FAM berhubung dakwaan pemalsuan dokumen untuk pemain warisan.

Menurut FIFA, siasatan bertujuan mengenal pasti individu bertanggungjawab atas pemalsuan dokumen, menilai kemampuan dan keberkesanan mekanisme pematuhan dan tadbir urus dalaman FAM, dan menentukan sama ada langkah disiplin tambahan wajar dikenakan terhadap pegawai FAM.

Berhubung rayuan oleh FAM, Yeoh berkata badan itu perlu sedar ia boleh membawa risiko hukuman ditingkatkan, bukan sekadar dikekalkan.

“CAS boleh mencadangkan kepada FIFA untuk meningkatkan denda dan penggantungan jika FAM kalah dalam proses,” katanya.

KBS juga mencadangkan agar proses naturalisasi pemain pada masa depan dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengelakkan kontroversi berkaitan dokumentasi berulang.

Tindakan akan diambil

Mengulas cadangan agar kerajaan menangkap dan mendakwa individu yang didapati terlibat dalam pemalsuan dokumen tujuh pemain itu, Yeoh berkata pihak berkuasa akan mengambil tindakan berdasarkan dapatan siasatan Raus.

Bagaimanapun, Yeoh menegaskan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam struktur FAM.

Yeoh membangkitkan tindakan FIFA terhadap Indonesia, Zimbabwe dan Brunei setelah kerajaan tiga negara itu mencampuri urusan persatuan bola sepak.

“Menteri tidak boleh mengeluarkan arahan yang menyentuh struktur jawatankuasa FAM walaupun mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. 

“Saya tak boleh memecat ahli jawatankuasa FAM kerana ini akan melibatkan statut FIFA yang boleh membawa tindakan penggantungan oleh FIFA.

“Jika kerajaan bubar atau memecat ahli jawatankuasa FAM, Malaysia boleh digantung oleh FIFA,” katanya lagi.

FAM dan tujuh pemain bola sepak warisan Malaysia dikenakan tindakan oleh FIFA bulan lalu selepas FAM didapati mengemukakan dokumen palsu untuk mengesahkan kelayakan pemain sebelum perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.

Pemain terbabit terdiri Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

FIFA telah menolak rayuan FAM dan mengekalkan semua tindakan.

Tujuh pemain warisan itu juga dilaporkan mengaku kepada FIFA bahawa mereka tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia, walaupun FAM menegaskan mereka lulus ujian bahasa yang diperlukan untuk kewarganegaraan.

Butiran yang didedahkan oleh keputusan jawatankuasa rayuan FIFA juga telah menimbulkan persoalan mengenai peranan sebenar Rob Friend dengan pasukan kebangsaan.


Berdasarkan laporan berita Malaysiakini hari ini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise