Di sebalik bahan ketawa, tiada salah mencari kebenaran yang belum dibuktikan
![]() |
| Gambar Facebook |
Besarnya kapal Melayu
Catatan Portugis menyatakan jong-jong Melayu lebih besar dan menggerunkan daripada kapal perang Portugis. Catatan China pula menyatakan jong-jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan China kerana terlalu besar dan akan menggangu laluan kapal lain. Jong terbesar Melayu mampu membawa 500 tan muatan dan hampir 1000 orang penumpang dan panjangnya hampir 100 meter! Ibnu Batutta menyatakan kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!
Al Fonso de Albuquerque sendiri sewaktu melihat jong-jong Melayu yang besar itu menggelarnya sebagai "Penggoncang Dunia"! Dan anak anak kapal Portugis akan berteriak memanggil "Espanto del Mundo" terror dunia apabila berselisih dengan Geliung kepunyaan Sultan Iskandar Muda Acheh. Anda boleh bayangkan betapa hebat mega structure Melayu lama!
Orang orang Cina mengelarkan Djong besar melayu yang mempunyai 7 layar sebagai "Kun Lun Po (Bo) kun lun" ertinya "kepulauan di bawah angin" atau "negara selatan" dan tercatat pernah belayar sehingga ke Syria. (Kang Tai,260M dan Wan Cheng,300 M)
Manakala orang orang Greek dalam buku "Geographia" menggelarkan Djong besar Melayu sebagai "Kolandiaponta" (Plotemy,100 M)
Tapi logic thinking mana pergi semua binaan hebat ni? Mana ilmunya? Menurut Prof Maguin, menjelang akhir abad ke 16 dan 17 teknologi pembuatan jong Melayu makin hilang dan akhirnya pupus. Kenapa? Kita salahkan penjajah! First of all semua manuskrip kita samada dibakar atau dicuri. Yes kesemuanya, hal yang sama terjadi pada tamadun hebat lain, apabila dijajah, ilmu mereka sekali dicuri. Apabila Melayu dijajah, mereka tiada waktu yang aman lagi untuk membina jong-jong besar. Nak bina kapal sebesar Titanic tu pun makan bertahun. Inikan jong-jong gergasi Melayu yang memerlukan sumber; tenaga dan harta yang banyak.
Melaka semestinya bukan permulaan kehebatan tamadun Melayu tapi kejatuhan Melaka sememangnya menjadi titik noktah keagungan bangsa Melayu. Jatuhnya Melaka, maka Melayu semuanya dijinakkan dan dihinjak sehingga kini.
Satu lagi jangan ingat perkataan Jong itu dari China. Jong ialah bahasa Melayu asli merujuk kepada kapal besar Melayu. Lalu diambil oleh barat menjadi Junk. Ya Melayu tak bina bangunan besar-besar but we live with the sea, our hearts are with the oceans. Junks are our mega structures!
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman- وَمِنْ اٰيٰتِهِ الْجَوَا رِ فِى الْبَحْرِ كَا لْاَ عْلَا مِ ۗ wa min aayaatihil-jawaari fil-bahri kal-a'laam
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan."
(QS. Asy-Syura 42: Ayat 32)
Menurut penulisnya, sumber tulisan ini adalah dari The Patriots, Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah. Prof Tatiana Denisova, Zaharah Sulaiman; dan kredit dari Daeng Iskander.
Adaptasi dan dimuat naik dari sebuah penulisan dikongsikan di Facebook akaun Metal detector junkies Malaysia, pada Ahad 16 November 2025, yang dikongsi oleh Zafiyah Hussain di Facebook beliau hari ini.
End©Permadu
| Dimuat naik oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Soalan mudah saya.....Jika benar armada Melayu hebat seperti yang digambarkan, mengapa Kerajaaan Melayu Melaka tewas kepada serangan Portugis dengan kekuatan hanya 80 orang soldadu, kebanyakannya asykar upahan SEPHOY (Ghurka)?
ReplyDeleteKalau baca sejarah Melayu, ramainya penduduk Melaka laksana ulat tahi. Setakat 80 orang musuh yang menyerang cukup ramai-ramai dijentik telinga saja benggali putih itu.....
Kalau pun mahu mengagung-agungkan kehebatan bangsa Melayu sekalipun, berpada-padalah. Jangan sampai memalukan kaum.
Terbaik Saudara Jigit
Delete