Bayangkan pensyarah perempuan ini menjadi menteri pendidikan


Mungkin inilah standard PhD di Malaysia sekarang, ramai ahli akademik perlu mendapat rawatan mental di hospital kerajaan

Menurut laporan media, pengerusi parti politik baharu, Urimai, Prof Dr P Ramasamy, menyelar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana mempertahankan seorang pensyarah yang mendakwa kononnya orang Rom belajar membina kapal daripada orang Melayu, dengan alasan bahawa kenyataan itu sekadar “pendapat peribadi”.

Dalam satu kenyataan media hari ini, portal berita Malaysiakini memetik bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai menyifatkan pendirian UIAM sebagai “memalukan” dan “menghakis integriti akademik”.

“Saya amat terkejut dan kecewa apabila mengetahui bahawa UIAM begitu mudah menolak ke tepi kenyataan seorang pensyarahnya yang mendakwa bahawa orang Rom kononnya belajar membina kapal daripada orang Melayu,” katanya.

Menurut Ramasamy, kenyataan luar biasa itu dibuat oleh pensyarah Jabatan Pengajian Arab, Dr Solehan Yaacob, yang bidang kepakarannya tidak berkaitan dengan sejarah, arkeologi mahupun kajian maritim — bidang yang diperlukan untuk menyokong dakwaan sedemikian.

Tokoh lantang itu berkata, tindakan universiti menjustifikasikan kenyataan tersebut sebagai “pendapat peribadi” menunjukkan kegagalan UIAM untuk mempertahankan standard akademik dan tanggungjawab ilmiah.

“Pendapat peribadi mungkin boleh diterima dalam hal-hal sosial atau kekeluargaan, tetapi tidak apabila ia melibatkan dakwaan besar tentang sejarah tamadun manusia.

“Jika setiap pensyarah boleh membuat dua set kenyataan — satu ‘peribadi’ dan satu ‘akademik’ — apakah makna kelayakan universiti dan tanggungjawab ilmiah?” soalnya.

Berunsur ajaran sesat berasaskan imaginasi kosong

Ramasamy turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan disiplin diambil terhadap pensyarah berkenaan, sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “khayalan” yang boleh menyesatkan pelajar.

“Dakwaan bahawa bangsa Melayu mengajar orang Rom membina kapal adalah satu kenyataan luar biasa yang memerlukan bukti yang sama luar biasanya — bukan imaginasi kosong,” katanya.

UIAM dalam satu kenyataan tampil menyatakan rasa kesal susulan kenyataan "mengelirukan" oleh seorang ahli akademik universiti itu.

Ia menegaskan bahawa kenyataan ahli akademik berkenaan adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi universiti berkenaan dan tidak menamakan ahli akademik yang dimaksudkan itu.

UIAM juga berkata ia telah memberi teguran kepada ahli akademik itu sebelum ini untuk lebih bertanggungjawab ketika memberi pandangan atas hal-hal akademik.

Universiti bahan ketawa masyarakat

Mengulas lanjut, Ramasamy yang juga adalah bekas profesor sains politik turut memberi amaran bahawa sikap sambil lewa dalam menangani kes seumpama ini hanya akan menjadikan universiti bahan ketawa masyarakat.

“Apabila universiti mula membela kejahilan atas nama pendapat peribadi, maka runtuhlah tiang ilmu yang sepatutnya menjadi tunjang dunia akademi,” katanya.

UIAM sebelum ini menjelaskan bahawa kenyataan mengenai hubungan tamadun Melayu dan Rom bukanlah pandangan rasmi universiti, sebaliknya pendapat peribadi pensyarah itu sebagai individu.

Terdahulu tular video rakaman ceramah Solehah yang mendakwa orang Rom belajar membuat kapal daripada orang Melayu.

Dakwaan pensyarah bahasa Arab itu mengundang kecaman dan kritikan, termasuk daripada Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) yang menggesa UIAM mengambil tindakan segera dan sewajarnya.

ASA menyifatkan kenyataan ahli akademik itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan reputasi serta nama baik universiti.

Isteri Nabi Muhammad SAW orang Melayu?

Tahun lepas Solehah turut mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan yang mengaitkan isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah Khuwailid, berkemungkinan berasal dari alam Melayu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise