Seorang pembida berjaya memperoleh semua barangan milik Dr Vida yang dilelong

Media melaporkan usahawan sensasi, yang juga seorang penyanyi, Datuk Seri Vida tampil menjelaskan tidak menyesal mempertahan prinsipnya walaupun pelbagai barangan termasuk kereta mewahnya dilelong petang semalam.

Tak mahu bayar atas dasar prinsip

“Saya memang tak nak bayar. Walaupun mampu, tapi hati saya sakit. Bayar bank RM100,000 sebulan tunggu projek siap, tapi tiga tahun tak siap-siap,” luahnya secara langung di TikToknya, semalam.

Vida turut menegaskan, beliau tidak menyesal mempertahankan prinsipnya meskipun terpaksa menanggung akibat hingga ke hari ini. “Kalau saya bayar, reputasi saya hilang nilai. Tapi kalau saya lawan, orang tetap mengata. Saya tetap kuat sebab saya percaya kita kena pandang ke depan,” ujarnya, seperti dipetik akhbar Kosmo! dalam siarannya semalam.

Kebelakangan ini nama Vida kembali hangat apabila 727 barangan peribadi, termasuk Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 dilelong dengan jumlah kutipan keseluruhan mencecah RM1 juta hasil bidaan tertinggi.

ADVERTISEMENT

Proses lelongan yang berlangsung di kediaman Vida di Meru Heights, Perak itu bermula sekitar pukul 10.30 pagi semalam melibatkan dua pembida.

Lelongan berkenaan berakhir dengan seorang pembida berjaya memperoleh kesemua barangan yang disenaraikan dalam Notis Pengisytiharan Jualan Lelong selepas seorang pembida menarik diri.

Jualan lelong tersebut merupakan sebahagian daripada usaha penyelesaian hutang dan pengurusan semula aset peribadinya, selepas beberapa siri tuntutan mahkamah dan isu projek tergendala sejak beberapa tahun lalu.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim