Era PM Reformasi pun masih ada budaya membaham dana awam?
Ada orang kata, bukan sekadar masih ada, tetapi LAGI KUAT!
Ahli Parlimen dakwa sebut harga kerajaan untuk lampu solar jalan 5 kali ganda lebih mahal
Budaya turun temurun, keji dan lapuk sejak zaman BN memerintah Malaysia
Ahli Parlimen Julau, Encik Larry Sng Wei Shen, mempersoalkan sebut harga kerajaan bagi projek pemasangan lampu solar jalan yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Wilayah, apabila kos yang disenaraikan adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen semalam, Sng mencadangkan agar projek pemasangan lampu jalan solar di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dilaksanakan oleh komuniti setempat, bukannya diurus terus oleh kementerian.
Tiang tak sampai RM2,000 harga mencecah RM10,000
“Satu lagi contoh ketirisan adalah kos yang tinggi bagi harga sebatang tiang lampu solar yang diperuntukkan oleh KKDW bahawa harga mencecah RM10,000 sebatang, walhal harga bagi tiang lampu solar untuk 1,000 megawatt sebenarnya kurang daripada RM2,000, termasuk pemasangan.,” katanya.
Dia mencadangkan agar kementerian menyalurkan kerajaan melalui geran bernilai tidak lebih RM500,000 untuk projek lampu jalan solar yang dikendalikan komuniti setempat.
Menurutnya, mekanisme itu dapat mengurangkan kos tanpa menjejaskan kualiti, menjimatkan masa, dan membolehkan kawasan luar bandar membangunkan infrastruktur tanpa bergantung sepenuhnya kepada kementerian.
Sng turut memberi contoh kejayaan projek komuniti di kawasannya, di mana infrastruktur jalan raya berjaya ditambah baik dalam tempoh singkat dengan kos di bawah RM500,000 sahaja.
“Pada 2019, projek pembinaan jalan Ulu Kota, Julau - ditender sebanyak RM300,000, projek tak dapat disiapkan dalam masa yang dijangkakan, projek terpaksa ditender semula beberapa kali, akhirnya siap pada 2023.
Kontraktor entah apa-apa buat kerja tak siap
“Sebaliknya, projek jalan Entabai pada tahun ini - bajet RM200,000, siap dalam masa 6 hari sahaja, dengan kualiti yang setanding bersama kontraktor luar,” tambahnya.
Ahli Parlimen itu turut menggesa kerajaan persekutuan mempertimbangkan peningkatan peruntukan sehingga RM1 juta bagi kawasan luar bandar untuk menyokong projek infrastruktur berasaskan komuniti.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-13, kerja pembinaan dan naik taraf melibatkan 2,800 kilometer jalan luar bandar akan dilaksanakan, termasuk di Sarawak, Perak, dan Pahang.
Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga lestari negara yang berdaya saing di peringkat serantau.
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap subsidi baru yang diperkenalkan kerajaan di bawah rancangan itu, namun menggesa kerajaan menetapkan garis masa yang jelas untuk pengurangan secara berperingkat dalam beberapa tahun akan datang.
Subsidi jadi punca manipulasi pasaran dan kekurangan bekalan
Sng mencadangkan agar kerajaan menetapkan sasaran pengurangan subsidi secara berperingkat menjelang tahun 2030, sambil menjelaskan bahawa subsidi sering menyebabkan manipulasi pasaran dan kekurangan bekalan.
Pengurangan subsidi secara berfasa, katanya, akan memberi ruang kepada rakyat untuk merancang, malah membolehkan pihak dalam rantaian pembekalan menyelesaikan operasi mereka secara lebih teratur.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment