Fauzi Abdul Kadir's Permadu Group of Businesses' official blog. Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
Amaran kepada Anwar — Kayu bengkok, takkan bayangnya lurus
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Hipokrasi Anwar sudah terang lagi bersuluh, dakwa pengkritik
Parti Pejuang mengimbas kembali protes yang berlaku lebih sedekad lalu, ketika para penunjuk perasaan menyuapkan kangkung ke mulut patung menyerupai bekas Perdana Menteri Najib Razak – satu tindakan yang ketika itu direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Malaysiakini, protes itu merujuk kepada flashmob pada 2014 yang diketuai Adun PKR yang mewakili Machang Bubuk, Encik Lee Khai Loon, yang membangkitkan kemarahan pemimpin UMNO ketika itu. Kangkung itu sebagai simbolik bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup – isu sama yang menjadi tema utama dalam himpunan "Turun Anwar" Sabtu lalu.
Najib ketika itu mengundang kritikan apabila dia mengeluh bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah dipuji apabila harga barangan turun, sambil memberi contoh sayur kangkung.
Dalam nada sama, Ketua Penerangan Pejuang, Encik Rafique Rashid (gambar atas) mempersoalkan tindakan kerajaan hari ini.
"Adakah PMX (Anwar) atau kerajaan langsung tidak boleh dikritik? Adakah sebaik sahaja PMX jadi perdana menteri maka segala hak kritik dalam sebuah demokrasi terhapus?
“Adakah hanya boleh kritik perdana menteri sebelum-sebelum ini tapi PMX ada imuniti daripada kritikan?” soalnya dalam hantaran di Facebook.
Rafique juga merujuk tindakan Anwar, sebelum ini yang ditdakwa membakar buku tulisan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, ketika dia menjadi aktivis pelajar pada 1970-an.
“Adakah boleh pijak poster Dr Mahathir Mohamed, bakar buku Tunku, suap kangkung dalam mulut Najib tapi kalau PMX maka itu haram?” soalnya.
Beliau turut mengkritik tindakan polis menahan individu yang merotan patung Anwar semasa perhimpunan minggu lalu, dengan menyifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat.
"Tiada halangan untuk pihak PDRM siasat. Teruskan. Tapi tiada keperluan hantar hingga berbelas anggota dan pegawai mengepung rumah peserta semata-mata hendak tangkap.
'Demonstran yang hadir rakyat Malaysia. Mereka bukan pengganas atau penjenayah tegar.
“Tiada keperluan tangkap. Bazir masa dan kos awam. Bazir masa kehakiman perlu paksa majistret dengar (permohonan) reman,” katanya lagi.
Rafique turut mengecam penggunaan Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 – undang-undang yang pernah dijanjikan oleh Anwar dan Pakatan Harapan untuk dimansuhkan.
“Setakat ini sudah empat tangkapan. Dikhabarkan akan ada lagi yang bakal dikutip penguatkuasa.
“Paling hipokrit adalah penggunaan Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kesemua yang ditahan atau ditangkap disiasat bawah peruntukan yang sama.
“Bukankah janji mereka dulu undang-undang drakonian ini akan dimansuh?” tambahnya.
Rafique berkata polis sepatutnya hanya membuat janji temu dengan mereka yang disiasat untuk merakam keterangan, kemudian menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara.
“Kalau ada elemen kesalahan biar pertuduhan berjalan. Serta biar rakyat pertahan kes. Itu kedaulatan undang-undang dan rule of law.
“Tujuan tangkapan-tangkapan ini tidak lain tidak bukan intimidasi politik. Untuk takutkan rakyat supaya tiada Turun Anwar 2.0.
“Pada rakyat ingatlah pesanan: suara rakyat suara keramat. Tekanan yang diberikan bukti kerajaan takut dengan rakyat,” katanya.
Kepada Anwar dan kerajaan Madani, kata Rafique, hipokrasi semakin jelas.
“Kayu bengkok, masakan lurus bayangnya!” katanya mengakhiri hantarannya itu, seperti dipetik Malaysiakini.
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
What Mahathir expected did not happen Initially, Mahathir Mohamad thought his party – PPBM (Bersatu) – could morph into a new version of UMNO. After all, it was him who brilliantly destroyed the original UMNO in 1988 and created “UMNO Baru” (the current UMNO version 2.0). But unlike in 1988, Mr. Mahathir had quit UMNO to form PPBM on 8 September 2016, and was no longer in charge of UMNO. UMNO won four times higher than Bersatu in GE14 Hence, after he leveraged on opposition Pakatan Harapan and stunningly defeated the scandal-plagued Najib government, his first priority was recruiting UMNO MPs to join his party. UMNO, although lost miserably, still won 54 parliamentary seats in the May 2018 General Election – more than 4 times the number of seats Mahathir’s party managed to capture. PPBM the worst among four strategic parties Mahathir’s party won only 13 seats out of the 52 Parliamentary seats it contested in the 2018 poll. That’s ...
Dua tokoh parti politik yang sukar dipisahkan dari imej rasuah , semakin panas bertelagah Rentak Madani 🎵 Akhbar Sinar Harian melaporkan semalam bahawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya berdepan dengannya sama ada di mahkamah ataupun di gelanggang, berikutan tuduhan kononnya beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri. Amaran itu dibuat selepas Lokman secara terbuka menggelar beliau sebagai ‘Ketua Pemuda H20’ dalam satu wawancara bersama sebuah platform baru-baru ini. Menurut Muhamad Akmal, Lokman kini mempunyai dua pilihan, sama ada menjawab saman beliau di mahkamah ataupun bertemu di gelanggang bagi menyelesaikan isu berkenaan. “Kamu ada dua pilihan. Pilihan pertama, kita lawan di mahkamah. Aku saman kamu," cabar Akmal. Lokman berpendapat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menggunakan kelebih...
Lebih kurang UMNO juga Satu demi satu isu mencurigakan berlaku di Selangor. Pada mulanya Pakatan Harapan (PH) disangka akan membuat pembaharuan. Rupanya lebih kurang UMNO juga. Jika UMNO sudah dihukum rakyat di Selangor, maka sudah tiba giliran PH pula. Seperti tajuk di atas, isu Stadium Shah Alam, suami Menteri DAP Puan Hannah Yeoh dapat kontrak, kontroversi pemilik syarikat parkir, dan terkini kontroversi ladang babi dijangka akan menjadi faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang. Semalam, MalaysiaGazette melaporkan b ekas Ketua Penerangan UMNO Selangor Encik Isham Jalil menyarankan Menteri Besar Selangor, para Exco Kerajaan Negeri dan penyokongnya supaya berpindah ke Bukit Tagar, kawasan berdekatan ladang babi yang menimbulkan kontroversi. Dengan tindakan berkenaan, barulah kepimpinan Selangor akan memahami bantahan penduduk Selangor terhadap cadangan untuk menjadikan negeri berkenaan sebagai pengeksport babi terbesar ke Singapura. “ Selepas itu b...
Shah Alam City YESTERDAY, FMT reported that the capital city of Selangor had become very quiet, slow and almost no business, many buildings unoccupied, which one of them only utilised by less than ten staff of a company. Some factories closed down, businesses from petty traders to big timers closed shops for the past six months and so on. Even foreign business people from Indonesia and Pakistan decided to go back to their respective countries or moved to other places. A prominent business analyst, in his blog wrote that one of the reasons for the downfall of Shah Alam was the government's policy in overconcentrating a Malay population in the said city. Syed Albar Ali also suggested other reasons as well. Below is the write-up as published by OutSyed The Box on 30 January 2020. Syed Akbar Ali's comments : Just the other day Forest City announced 400 staff were being let go. Could it be because things are not so great anymore? D...
Analysts say Johor state elections will be PH Vs BN — but they overlook Bersama PAS and Bersatu are expected to face a rough ride in the upcoming Johor state election, as both parties look set to go their own way while their potential allies appear lacklustre. Though both parties have announced efforts to form new political configurations amid Perikatan Nasional’s ongoing crisis, news portal FMT spoke to Dr Mazlan Ali of Universiti Teknologi Malaysia and he said these new alliances would not be earth-shattering in Johor. Mazlan said both parties had limited options for allies, having been linked to the same entities such as Berjasa, Pejuang, Putra, and Muda. He added that these small parties command little influence and are incapable of taking on Barisan Nasional or Pakatan Harapan. “I don’t see any real competition in Johor. It will be more like BN against PH, as PAS and Bersatu have been weakened by their division. “Although these small parties will want to help them, they will not ...
THE WOLF NEVER WANTED THE ARGUMENT A Wolf And A Lamb Meet At A Stream. Not As Enemies. As Neighbors Sharing Water. The Wolf Is Higher Up The Brook. The Water Runs From Him To Her. Still, He Accuses. “You Muddy My Water.” The Lamb Answers Gently. She Is Correct. Physics Is On Her Side. The Water Cannot Flow Upward. The Accusation Collapses Instantly. So The Wolf Replaces It. “I Heard You Spoke Ill Of Me Last Year.” The Lamb Explains Again. She Is Six Months Old. She Did Not Exist Last Year. Another Charge Fails. So The Wolf Stops Pretending To Care About Truth. “If It Was Not You, It Was Your Father.” And With That, The Argument Ends. The Teeth Appear. The Lamb Is Eaten. This Story Is Not About Cruelty. It Is About Power. The Wolf Never Wanted An Explanation. He Wanted A Justification. Each Accusation Was Not A Question But A Stepping Stone Toward An Outcome Already Decided. This Is The Pattern Predators Follow: They Accuse First. Then Adjust The Accusation Until Resistance Looks Like G...
What I think about Rafizi’s new Party, BERSAMA By the way, that was me signing my application to join PPBM or Bersatu back in 2016. I was excited to welcome a new party that can reset Malaysia after Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak’s 1MDB. I was probably as excited as some of you planning to join Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli’s Bersama political party. My PPBM membership was 000068. Talk about being one of the first. Najib lost PRU14 in 2018 bringing the collapse of UMNO dominance since Merdeka. Najib said UMNO would be dominant for 1000 years but in reality UMNO lasted just 61 years. Hubris was Najib’s downfall. Tun M was at the helm and I was excited, finally we would see progress. I was wrong. The constant pressuring to let Datuk Seri Anwar Ibrahim become PM finally caused the coalition to collapse. Gentlemanly Tun Dr Mahathir Mohamad resigned. People say Tun M is drunk for power. I often correct them that this old man resigned as Prime Minister twice. TWICE. What do ...
Politik kelas kambing memang begitu Walaupun bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijatuhi hukuman penjara kerana menyelewengkan dana 1MDB, namun peguam dan aktivis Cik Latheefa Koya berkata dia tiada banyak sebab untuk meraikannya, lapor Malaysiakini semalam. Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu membangkitkan isu pilih kasih antara apa yang berlaku terhadap Najib dan beberapa ahli politik lain yang sebersekutu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Keadilan jenayah mesti dilaksanakan secara saksama dan undang-undang mesti diterapkan sama rata. Orang ramai tahu ini tidak berlaku. “Najib ke penjara — tetapi mereka yang berada di peringkat tertinggi kerajaan Sabah, sekutu politik kerajaan Madani, yang dirakam dalam video menerima rasuah — masih bebas seperti burung,” katanya. “Dan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi), sekutu utama PMX — yang tanpa sokongannya kerajaan Madani akan tumbang — kes rasuahnya digugurkan — begitu ...
Comments
Post a Comment