Semoga Anwar tidak dikejarkan ke hospital

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur siang tadi berkaitan permohonan perdana menteri untuk menjadi kebal dan tidak boleh disaman dan dibicarakan, ditolak, mungkin tidak memeranjatkan sesetengah pihak. 

Kalau terperanjat pun, ia kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa dirinya tidak mencampuri urusan mahkamah yang menghakimi sesuatu yang tidak memihak kepada dirinya.

Jarang atau tiada sebelum ini di Malaysia seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan itu disaman, seterusnya dibicarakan. Ini tidak semestinya bermakna mereka lebih mulia dari Anwar.

Hari ini juga menyaksikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim memohon imuniti dalam kes saman berkaitan dakwaan serangan seksual terhadapnya memberi bayangan seolah-olah perdana menteri itu bersalah.

Mahathir berkata, seseorang raja sekali pun tidak terlepas daripada tindakan mahkamah sekiranya membuat kesalahan.

"Kalau buat salah dia boleh dihadap ke mahkamah. Tapi ini satu orang yang kalah dalam pilihan raya, dia bukan menang, dia kalah.

"Lepas ni dia minta imuniti bagi diri dia. Bermakna dia mengaku bahawa dia buat salah. Cuma cara imuniti saja yang dia boleh didapati tidak bersalah," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya, Yusoff Rawther.

Dalam saman itu Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya.

Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.

Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.

Roz Mawar turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff – yang memulakan tindakan undang-undang tersebut pada 2021.

Sementara itu, Mahathir berkata permohonan mendapatkan imuniti merupakan cara Anwar untuk mengelak daripada menghadapi perbicaraan di mahkamah kerana tahu dia boleh kalah dalam kes itu.

"Jadi inilah keadilan cara Anwar. Kalau salah jangan bicara, kalau boleh menang, bicara.

"Kalau tak nak perbicaraan (bermakna) awak sudah mengaku awak cakap bohong," katanya lagi.

Agak menghairankan, Mahathir telah menunjukkan pendirian berbeza terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menghadapi situasi hampir serupa pada tahun 2018 semasa Tun M menjadi PM buat kali kedua di atas tiket Pakatan Harapan.

Masih ingatkah lagi?

Kalau bukan bermotif politik, apa namanya?

Sebelum ini, agak ramai juga tokoh berprofil tinggi terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terdapat kes-kes tertentu dikaitkan dengan mereka, sehingga disiasat, malah ada yang didakwa. Mereka dipercayai masuk hospital untuk mengurangkan tekanan perasaan dan mental, tidak mustahil juga untuk meraih simpati dari orang ramai.

Anwar telah memberi reapons terhadap penolakan permohonannya dengan berkata beliau tetap akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai perdana menteri.

Semoga Anwar tidak dikejarkan ke hospital.

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim