Selepas tular dakwa tiada mesyuarat, Mahathir selamba sambut baik AGC kata ada mesyuarat

Bekas perdana menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC) mengenai peranannya dalam proses pengampunan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

Pemimpin veteran berusia 100 tahun itu berkata penjelasan berkenaan telah membersihkan namanya berhubung dakwaan bahawa dia tidak mengikut proses yang betul dalam mendapatkan pengampunan terhadap Anwar.

"Penjelasan itu melepaskan saya dari tuduhan-tuduhan bahawa saya telah tidak mengikut proses yang betul di dalam mendapatkan pengampunan untuk Datuk Seri Anwar sepertimana saya dituduh di dalam beberapa tindakan saya sebelum ini seumpamanya kes Pulau Batu Puteh.

"Ingin saya jelaskan bahawa sejak dari masa pengampunan Datuk Seri Anwar diumum dalam bulan Mei tahun 2018, beberapa pengamal undang-undang, ada yang agak rapat dengan saya dan juga yang tidak suka dengan saya, telah mempertikai proses pengampunan tersebut," Malaysiakini memetik Mahathir sebagai berkata dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, AGC menafikan dakwaan Mahathir bahawa dia hanya diberikan surat untuk ditandatangani dan tiada mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan bagi pengampunan diraja terhadap Anwar.

AGC menegaskan satu mesyuarat telah diadakan pada 16 Mei 2018 di Istana Negara yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, dan Mahathir sendiri turut hadir.

Penjelasan itu dibuat selepas tular video Mahathir yang mendakwa tiada mesyuarat diadakan berhubung perkara tersebut, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesahihan keputusan pengampunan itu.

Pengampunan Anwar vs titah adendum Najib

Mahathir berkata, tidak lama selepas dia meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Februari 2020, ada seorang peguam memfailkan saman mencabar kesahihan pengampunan Anwar.

Anwar memohon supaya saman itu dibatalkan, namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut.

Mahkamah Rayuan kemudian membatalkan keputusan itu dan memutuskan bahawa plaintif tidak mempunyai kedudukan perundangan (locus standi) untuk membuat cabaran.

Kes tersebut dibawa ke Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan keputusan bahawa isu itu bersifat akademik dan mengesahkan bahawa pengampunan tersebut telah diberikan mengikut Perlembagaan.

Walaupun keputusan mahkamah sudah muktamad, Mahathir berkata timbul isu mengenai titah adendum berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

"Penyokong Datuk Seri Najib mempertikai kenapa titah Yang di-Pertuan Agong tidak dituruti sedangkan apabila Datuk Seri Anwar mendapat pengampunan penuh yang dianggap luar biasa sebelum itu boleh dilaksanakan.

"Maka pengamal undang-undang tampil lagi mempertikai proses pengampunan Datuk Seri Anwar kerana berlaku percanggahan dari segi pelaksanaan pengampunan Datuk Seri Anwar berbanding dengan adendum tahan rumah Datuk Seri Najib yang dikatakan telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

"Sekali lagi peranan saya di dalam proses pengampunan Datuk Seri Anwar dipertikai," kata Mahathir.

Usaha Anwar dapatkan kekebalan dari disaman

Mahathir turut mengulas tindakan Anwar yang baru-baru ini cuba mendapatkan kekebalan dalam satu saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya berhubung dakwaan serangan seksual.

Pengkritik dan pakar undang-undang berkata permohonan sedemikian bercanggah dengan prinsip bahawa tiada sesiapa harus mengatasi undang-undang.

"Tindakannya meminta imuniti telah membuat beberapa pihak mengaitkan 'keistimewaan' yang dipohon Datuk Seri Anwar itu sama seperti 'keistimewaan' yang diterimanya ketika mendapat pengampunan penuh," katanya.

Kata Mahathir, pihak AGC harus sedar semua pertikaian berkenaan Anwar saling berkaitan.

"Jika tidak ditangani akan menular menjadi penyakit yang terus menghakis kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan negara,"ujarnya.

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim